5 Panduan Pakaian Wanita Solehah dan Muslimah Sejati Berdasarkan Hadis


5 Panduan Pakaian Wanita Solehah dan Muslimah Sejati.
| Umur kita semakin meningkat dan perjalanan didunia makin pendek. Audit diri dulu zaman muda remaja tak jaga aurat betul-betul, kini huda sedar , hidayah Allah sudah mengetuk pintu keimanan. Syukur Ya Allah. Tak salah rasanya kalau kita juga sama-sama berkongsi ilmu tentang 5 panduan pakaian sebagai seorang muslimah yang lebih baik dari semalam. Kita buat apa Allah suka , InshaAllah semakin cerah jalan kita menuju Syurga nan abadi.. 


Ramai wanita Islam yang cipta alasan tidak menutup aurat sebab " tak dapat seru" . Sesungguhnya Hidayah itu milik Allah, untunglah bagi mereka yang terpilih..... 


5 Panduan Pakaian Wanita Solehah dan Muslimah Sejati.


 1) BERPAKAIAN LONGGAR


Pakailah pakaian yang tidak ketat dan melekap pada tubuh sehingga menampakkan bentuk badan.
Sabda Nabi Muhammad SAW :
 
صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا، قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ، وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ، مَائِلاَتٌ رُؤُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ المَائِلَةِ ، لاَ يَدْخُلْنَ الجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا، وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

Maksudnya: “Dua golongan termasuk ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian separuh bogel (kerana memakai pakaian yang nipis atau yang menampakkan susuk badan), yang berjalan dengan berlenggang lenggok (seperti perjalanan seorang pelacur), yang kepalanya terhuyung-hayang laksana kelana unta yang bergoyang-goyang, wanita-wanita itu tidak akan memasuki syurga, sedangkan bau syurga itu akan tercium dalam jarak sekian dan sekian.”
(HR Muslim, hadis sahih)

2) MELABUHKAN JILBAB


Labuhkanlah tudungmu menutupi bahagian hadapan, belakang kiri dan kanan. Firman Allah SWT :

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ

Maksudnya: “Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman bahawa hendaklah mereka melabuhkan jilbab (pakaian yang dipakai di atas baju dan tudung) mereka ke seluruh tubuh mereka, Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, maka mereka tidak akan diganggu.”
(Surah al-Ahzab: 59)

3) MEMAKAI STOKIN


Pakailah stokin kaki yang tidak jarang serta tidak menampakkan warna kulit.
Ummu Salamah bertanya kepada Rasulullah :

أَتُصَلِّي الْمَرْأَةُ فِي دِرْعٍ وَخِمَارٍ لَيْسَ عَلَيْهَا إِزَارٌ قَالَ ‏ ‏ إِذَا كَانَ الدِّرْعُ سَابِغًا يُغَطِّي ظُهُورَ قَدَمَيْهَا

Maksudnya: Adakah boleh seorang perempuan itu solat dengan memakai baju dan tutup kepala tanpa memakai izar (kain yang dipakai di bahagian bawah badan). Jawab Nabi SAW: “Boleh, sekiranya baju itu labuh menutupi zahir kedua kaki”.
(HR Abu Daud)

4) MEMAKAI SARUNG LENGAN

 
Pakailah sarung lengan kerana pergelangan tangan juga adalah aurat.
Rasulullah SAW menegur Asma’ Binti Abu Bakar r.a:

يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتِ الْمَحِيضَ لَمْ تَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا وَأَشَارَ إِلَى وَجْهِهِ وَكَفَّيْهِ

Maksudnya: “Wahai Asma’, sesungguhnya seorang wanita itu jika sudah baligh maka tidak boleh nampak dari anggota badannya kecuali ini dan ini (Baginda menunjuk muka dan telapak tangan).”
(HR Abu Daud)

5) BERSEDERHANA DALAM BERHIAS


Wanita itu hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah. Dalam kita menggayakan pakaian, bersederhanalah dan kurangkan menonjol.

Dari Mu’adz bin Anas RA ia berkata,

مَنْ تَرَكَ اللِّبَاسَ تَوَاضُعًا لِلَّهِ وَهُوَ يَقْدِرُ عَلَيْهِ، دَعَاهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى رُءُوسِ الْخَلَائِقِ حَتَّى يُخَيِّرَهُ مِنْ أَيِّ حُلَلِ الْإِيمَانِ شَاءَ يَلْبَسُهَا

“Barangsiapa yang meninggalkan pakaian (yang cantik dan mahal) disebabkan tawadhu’ (merendahkan diri) di hadapan Allah, sedangkan dia sebenarnya mampu, nescaya Allah memanggilnya pada hari kiamat di hadapan segenap makhluk dan ia disuruh memilih jenis pakaian mana saja yang ia kehendaki untuk dipakaikan.”
(HR Tirmidzi, Hadis Hasan)



Post a Comment

0 Comments