5 Aktiviti Menarik di Kuala Lumpur Yang Wajib Buat! | Kuala Lumpur, kota yang tidak pernah sunyi dengan pelbagai aktiviti tidak kira siang mahupun malam hari. Kedudukannya sebagai ibukota negara Malaysia seringkali menjadi tumpuan samada masyarakat setempat mahupun pelancong dari luar negara.
5 Aktiviti Menarik di Kuala Lumpur Yang Wajib Buat!
1. Saloma Bridge
Tak lengkap pergi KL kalau tak lalu Saloma Bridge ni tau! Ia menghubungkan KLCC ke Kg. Baru yang terkenal dengan port makanan sedap-sedap dengan harga berbaloi.
Anda hanya perlu berjalan kaki 15 minit dari KLCC ke lokasi ni, dan ia menjanjikan port bergambar Instaworthy yang menarik!
2. The Rift
Taman ini menempatkan pelbagai tarikan realiti maya dan augmented yang memenuhi pelbagai pilihan individu untuk pengalaman yang menyeronokkan. Pengunjung boleh memilih lebih dari 20+ pengalaman menyeronokkan berteknologi tinggi di sini , dari penembak realiti maya perayauan bebas, perjalanan sensasi yang penuh dengan jeritan, dan rasa teknologi AR yang teknologi tinggi. Pengunjung dijamin masa yang menarik dan menghiburkan di The Rift!
3. Superpark Malaysia
Jom join main dengan anak-anak kat dalam taman aksi dari Finland ini. Tempat menarik untuk parenting bonding dengan anak-anak!
4. Aquaria KLCC
Salah satu tempat menarik yang wajib anda lawati bersama keluarga adalah Aquaria KLCC . Luangkan masa untuk selami dunia hidupan di lautan Aquaria KLCC terletak di concourse Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.. Ianya merupakan salah sebuah akuarium yang terbesar di Asia Tenggara.
5. Tugu Negara dan Taman Botani
Tugu Negara yang simbolik tentang pengorbanan pejuang-pejuang negara satu masa dahulu agar rakyat Malaysia sentiasa menghargai mereka yang terkorban di medan perang.
Selepas melawat Tugu Negara kemudian menuju ke Taman Botani yang memang cantik dan dijaga rapi, jadi sesuai untuk kita datang bersama keluarga dan bersiar-siar dan juga banyak tempat menarik untuk bergambar
Jika ada masih banyak lagi masa terluang teruskan menerokai tempat menarik lain yang berhampiran dengan Taman Botani antaranya seperti Muzium Polis, Muzium Kesenian Islam, Masjid Jamek, Planetarium Negara, Taman Rama-Rama serta Restoran Rebung yang pemiliknya merupakan chef selebriti yang cukup terkenal iaitu Chef Ismail.
Setiap kali holiday, huda memang suka cari lokasi penginapan yang sangat dekat dan mudah di akses ke tempat menarik kerananya ia lebih menjimatkan masa dan lebih praktikal. Selain tu bab penjimatan antara aspek penting dalam pemilihan tempat penginapan. Baru-baru ini huda sangat tertarik dengan pakej dari VIP Pass. Lebih penjimatan di mana anda boleh menginap di hotel pilihan di pelbagai lokasi dengan harga sangat-sangat berbaloi!
Keterangan lanjut : https://getvippass.com/malaysia/
0 Comments