Pemergian yang dicemburui....



Pagi tadi, bangun tidur macam biasa memang cari phone. Sebab nak tutup alarm. Hari ni bangun awal dari biasa sebab nak sambut last day di bulan zulhijjah. Esok kita sambut Awal muharam. Namun,alangkah terkejutnya bila baca sharing di socmed tentang kematian seorang anak seni iaitu Siti Sarah Raisuddin.



Few days before ni memang amik tahu juga pasal arwah yang dapat jangkitan covid dari maid. Sedih kan, maid memang lah close contact. Dia sediakan macam2 , anak2 juga terdedah. Dan satu family Shuib dan arwah sarah positif. 

"Maid saya cuma buang sampah, ternampak kawan, tegur & bersalam. Selepas itu covid masuk rumah."- shuib

Semudah itu covid19 ini tersebar. Mulai sekarang dan sehingga keadaan pulih :

kita tak perlu bersalam, tak perlu "fist-bump". Kerap nyah-kuman tangan atau basuh tangan.

Dan yang penting, pakai mask 2 lapis ketika masuk ke ruang tertutup, kedai runcit atau mana2 pasaraya dan mall.

Stay save guys!



Dengan keadaan arwah Sarah yang sarat mengandung 7 bulan, baby terpaksa dilahirkan premature dan arwah terpaksa di tidurkan. 

Dan setelah beberapa hari kemudian, Sarah menghembuskan nafas ya terakhir. 
Jom sama-sama sedekah Al-Fatihah dan semoga arwah tenang di sana.  

Hari ni social media dibanjiri dengan ucapan takziah atas pemergian Siti Sarah. 
Dan ramai yang mencemburui permergian beliau di dalam khusnul khatimah.  

Mati itu pasti. Sentiasa siapkan diri untuk mati. Buat baik pada suami dan anak2. Buat baik pada semua. Ikhlas kerana Allah..  

Hakikat hidup kita semua ni " beringat selalu yg kita tidak punya apa2 pun - walaupun pd badan kita sendiri"
semuanya adalah hak milik Allah - Allah nak ambik apa yg ada dibadan kita dgn macam2 cara
Paling kena ingat yg semua manusia akan menuju ke sana - Bonda Rozita 



 

 

Post a Comment

0 Comments