Pengalaman Vaksin Dos Kedua


Pengalaman vaksin dos ke dua yang tidak dapat di lupakan dalam hidup sebab memang macam-macam hal terjadi sebelum nak dapatkan dos lengkap kedua vaksin SINOVAC. Date asal 5 Ogos. Semangat pergi ke PPV. Namun PPV tutup atas masalah sistem. Agak ralat kenapa tidak diberitahu.
 
Kemudian berhari-hari menanti tarikh vaksin yang baharu. Katanya akan update di MySejahtera, tapi sampai berhari-hari takde pun. Maka encik suami cuba bertanya pada cousin beliau yang kerja ada kaitan dengan KKM. Maka dapat jawapan. Boleh walk in sahaja pada 10 Ogos. Sahaja pergi lewat, dalam 3.15 petang baru keluar rumah. Dan dalam pukul 3.30 dah dapat turn injection vaksin. Sebelum pukul 4 dah setel semua dan sampai rumah. 



Dengan krisis air yang berlarutan sampai minggu depan, dan vaksin pulak tu. Badan memang tak larat nak angkut air. Maka buat persiapan awal. 

Alhamdulillah, proses kali ni lebih laju dan cekap. 

Simpan sini buat kenangan....
Staff pesan suruh laminate kan kad vaksin dan simpan jangan bagi hilang. InshaAllah semoga selamat dia dalam purse. 

Sijil digital pun dah ada kat apps MySejahtera. 




Post a Comment

0 Comments