6 Tanda Positif Kanak-Kanak Selalu Rebut Mainan




6 Tanda Positif Kanak-Kanak Selalu Rebut Mainan | Bersyukurlah kalau anak kita berebut barang dalam rumah tu.  Sebab ianya tanda anak kita sihat dan normal. Tapi kita sebagai ibu tak tahu ianya bagus, kita pergi marah anak-anak kita pulak kan?




6 Tanda Positif Kanak-Kanak Selalu Rebut Mainan

Tanda anak kita :
✅ ada citarasa dan kehendak
✅ tahu apa dia mahu
✅ ada daya juang nak dapatkan barang tu
✅ faham yang dia perlu usaha lebih
✅ pandai ekspresikan emosi
✅ boleh buat interaksi sosial




Kalau kita selalu belikan barang sorang satu supaya anak tak gaduh, anak akan develop masalah ini :
❎ tidak pandai berkongsi
❎ tidak pandai mengambil giliran
❎ tidak pandai meminta
❎ susah ekspresikan emosi
❎ kurang interaksi sosial
❎ kurang peka dengan orang lain
❎ tak ambil peduli hal orang
❎ hilang daya juang
❎ tidak pandai rebut peluang
Mampu belikan banyak barang, tak bererti kita perlu sediakan semua barang untuk tiap anak. Perlu ada situasi dan pengalaman berebut barang supaya anak boleh develop banyak lagi kemahiran yang mana di hujungnya kemahiran berdiplomasi dan prihatin akan mula terbentuk.

Kredit : Fara Jeff | Founder Maindo Kids , RG Early School

Post a Comment

0 Comments