Tips Parenting | Cara Paling Berkesan Rawat Hati Selepas Marah Anak
Kita sebagai ibu bapa , ada masa kita sendiri terlalu sibuk dengan urusan kehidupan mencari rezeki untuk keluarga sehingga tekanan, tergesa-gesa dan tidak peka pada emosi anak-anak. Kerana kita fokus pada urusan kita, kita terlepas pandang malah lebih teruk kita ego serta menafikan hak anak-anak.
Pernah tak, ada ketika, anak-anak buat sesuatu yang kecil sahaja kesalahannya, kita marah-marah macam anak buat kesalahan besar dengan menengking dan memukul mereka.
Bila fikir balik, kadang-kadang ketika itu kita tengah stress , serabut fikiran atau mungkin tergesa-gesa melakukan sesuatu perkara sehingga kesilapan anak yang sedikit dihukum dengan hukuman tidak setimpal!
Sekarang , bila huda sendiri menjadi ibu bapa, baru huda sedar, kenapa mak abah dulu masa kami adik beradik masih kecil, selalu juga kena marah-marah dan dipukul. Abah seorang yang panas baran dulu, mak pun garang. Mereka marah kadang-kala kerana dek tekanan atau sebab lain. Pernah ketika dulu masa kecil huda rasa mak abah TAK SAYANG sebab marah-marah.
Itu lah fikiran anak-anak kecil. Itu juga mungkin terdetik di hati anak-anak huda sendiri bila huda terlepas emosi marah melampau.
Kata sayangkan anak, kenapa ibu bapa marah-marah dan pukul-pukul mereka??
Rapuhnya emosi kita...bukan mudah nak kawal perasaan especially anak-anak kecil yang semakin banyak akal dan macam-macam mereka lakukan yang boleh mengundang rasa marah di hati.
Perkara dah lepas, tak boleh nak patah balik. Marah dah dilepaskan, kesannya masih terasa. Jangan dibiarkan ia makin lama makin dalam sehingga jurang antara anak dan ibu bapa makin jauh.
Bertindak cepat!
Buang EGO dan Cepat Minta Maaf!
Cara paling berkesan merawat hati selepas marah anak adalah kita buang ego dan cepat minta maaf. Buang rasa EGO kita lebih tua, kenapa harus minta maaf pada anak, mereka memang buat salah!!
Dengan cara minta maaf kita bukan sahaja dapat merawat hati anak yang telah terluka dek kemarahan kita tadi, kita sendiri merawat hati kita yang turut terasa dan menyesal kerana tindakan melulu memarahi dan lebih teruk jika memukul anak-anak.
Minta Maaf...Minta Maaf..Minta Maaf!!
Nampak mudah tapi susah nak buat, selagi emosi kita tak stabil dan tak berfikiran secara rasional.
Arif Haikal menginjak usia 8 tahun lagi beberapa bulan. 8 tahun kehidupan dia, entah berapa juta kali tempias mood swing huda sudah telepas kemarahan pada dia. Ya Allah...aku menyesal. Si adik pula bila marah sikit berkaca terus mata... Aduhai.. lemah yer mama, kenapa mama tak kuat nak kawal emosi sendiri...
Lepas baca buku ni, huda memang menitik air mata penyesalan. Huda akan cuba sedaya upaya melawan kelemahan hati yang mudah marah dan akan sentiasa cepat minta maaf.
Huda tak nak anak-anak rasa jurang dan perasaan takut kena marah. Sehingga menganggu perkembangan emosi anak-anak serta mempengaruhi personaliti diri mereka kelak.
Sekian sharing huda petang ni. Semoga kita berusaha menjadi ibu bapa yang terbaik. Jom minta maaf kepada anak-anak dan juga pasangan kita.
8 Comments