Kenapa Perempuan Selalu Moody / Mood Swing ??


Semua benda serba tak kena. Ada sahaja yang salah di mata ni. Ada ketika dapat tahan marah, ada ketika terlepas juga marah dan tinggikan suara pada anak-anak dan suami. Lepas marah mula lah menyesal tak sudah. I don't want this!! Rindu pada diri sendiri yang tenang dan tak serabut, stress tak tahu pasal apa. Haish, mood swing is here... and I hate it! 


Kenapa Perempuan Selalu Moody / Mood Swing ?? 


Okay, sambil layan emosi yang macam roller coaster ni, jom lah kita kongsi ilmu sikit tentang keunikan perempuan ni. Huh, unik ke? Huhu... Ilmu tentang mood swing atau moody ni, semua wanita harus tahu dan lelaki pun wajib tahu okay!


Punca Berlaku Mood Swing / Shift Mood / Moody 


Banyak sebab boleh menyebabkan seseorang itu alami perubahan mood secara drastik. Antaranya seperti berikut :- 

#1 Premenstrual syndrome (PMS) 


PMS adalah gejala yang berlaku pada wanita 1 hingga 2 minggu sebelum tempoh datang bulan. Selain perubahan mood, PMS boleh menyebabkan keletihan, perubahan selera makan, kemurungan, kembung perut , dan banyak lagi. Anggaran majoriti wanita iaitu 90%  mengalami beberapa gejala  PMS sebelum haid mereka. 

Keterukan gejala ini boleh berubah dari bulan ke bulan. PMS ini mungkin bertambah buruk atau bertambah baik seiring bertambahnya usia. Tidak jelas mengapa tempoh pramenstruasi ini menyebabkan gejala ini. 

Penyelidik mengesyaki bahawa perubahan hormon estrogen adalah punca utama berlaku mood swing ini. Pada hari dan minggu sebelum kitaran haid,  tahap estrogen seorang wanita meningkat dan turun secara mendadak.

#2 Tekanan Perasaan

Tekanan perasaan dan kebimbangan melampau memberi kesan kepada tubuh dan kesihatan. Antara kesan buruk kepada kepada kesihan adalah  perubahan mood. Kekecewaan, kebimbangan, dan keadaan tekanan yang berterusan boleh menyebabkan perubahan mood yang teruk, kemudian berlarutan dengan masalah psikologi yang lain.

#3 Ketidakseimbangan Hormon

 Estrogen mungkin berperanan dalam perubahan mood yang berkaitan dengan PMS, tetapi hormon lain juga boleh mempengaruhi mood. Hipotiroidisme, keadaan di mana kelenjar tiroid tidak menghasilkan cukup hormon, adalah gangguan hormon yang biasa. Ia boleh mempengaruhi mood dan menyebabkan gejala lain.

#4 Akil Baligh / Puberty 

Akil baligh adalah masa perubahan emosi, fizikal, dan psikologi dalam kehidupan seseorang bila menginjak usia remaja. Perubahan mood dan reaksi emosi yang tidak dapat dijelaskan boleh menjadi perkara biasa semasa fasa kehidupan ini. 

#5 Kehamilan

Perubahan tahap hormon semasa kehamilan boleh menyebabkan perubahan emosi dan mood. Selain itu, wanita hamil sering mengalami perubahan fizikal dan tekanan emosi yang boleh menjadikan masalah seperti perubahan mood dan pergolakan emosi menjadi lebih teruk.

#6  Menopaus 

Peralihan utama lain dalam hidup seorang wanita adalah menopaus. Ia dikaitkan dengan tempoh perubahan mood. Ketika tahap estrogen jatuh, banyak wanita mengalami pelbagai gejala, termasuk perubahan mood, kepanasan badan, insomnia, dan dorongan seks yang berkurang.


Cara Merawat Mood Swing 


Berikut adalah cara- cara merawat perubahan mood yang ketara yang mungkin boleh menstabilkan mood dan meningkatkan kesihatan , serta boleh mengelakkan perubahan mood dan emosi di masa hadapan. 

Rawatan Mood Swing berikut tertumpu kepada gaya hidup atau rawatan alternatif yang boleh di cuba di rumah. Rawatan lain, termasuk ubat-ubatan preskripsi, kadang-kadang digunakan.

#1  Lakukan Senaman Secara Berkala 


Bergerak dan bersenam sangat bagus untuk kesihatan fizikal dan mental. Aktiviti ini dapat membantu merawat atau mengelakkan perubahan mood. Semasa kita bersenam, badan akan menghasilkan hormon endorfin yang dapat membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan mood. 

Rancang 30 minit senaman sederhana 5 hari seminggu.

#2  Elakkan kafein, alkohol, dan gula 

3 bahan depresan ini dapat mengubah keadaan semula jadi tubuh badan, menjadikan perubahan mood menjadi lebih buruk atau menyebabkannya menjadi lebih awal. 

Walaupun kafein dapat membuat kita merasa kurang letih, tetapi ia juga dapat meningkatkan kegelisahan. 

 Alkohol juga boleh memburukkan mood buruk atau berkelakuan tidak rasional.

Makanan bergula, walaupun lazat, ia boleh menyebabkan perubahan kadar gula dalam darah anda. Turun naik ini boleh menyebabkan perubahan mood dan gejala lain. Kurangkan sebanyak mungkin pada ketiga-tiga bahan makanan di atas untuk menstabilkan mood.

#3 Supplemen Kalsium

Menurut sumber yang dipercayai , kajian menunjukkan bahawa suplemen kalsium dapat membantu mengurangkan gejala kemurungan, kegelisahan, dan turun naik emosi yang berpunca dari PMS.
Selain membantu perubahan mood, suplemen kalsium dapat membantu melindungi tulang dari kemerosotan; ini sangat penting bagi wanita pre-menopause.

#4 Ubah Diet 


Makan tiga kali sehari mungkin biasa, tetapi ubah kekerapan makan portion makanan yang lebih kecil mungkin lebih baik untuk kestabilan mood.

Ini kerana peralihan gula darah setelah makan makanan berat boleh menyebabkan perubahan emosi. Makanan yang portion kecil, dibahagi sepanjang hari, dapat membantu menstabilkan gula darah anda untuk mengekalkan perubahan yang melampau . 

#5 Tidur Lena

Dapatkan tidur yang lebih lena.  Tidur malam yang baik dapat menyembuhkan banyak penyakit, termasuk kerengsaan dan perubahan mood yang melampau. Cuba dapatkan waktu tidur selama 7 hingga 8 jam setiap malam. 


Okay sekian sharing huda hari ni. Ilmu untuk diri sendiri dalam menguruskan mood swing yang sangat tak best ni. Semoga hari esok mood lebih baik , InshaAllah.

~ Sebenarnya tahu dah kenapa mood swing gini, stress tak boleh nak pergi jalan2 , biasa every month akan berjalan. Habis PKPB pun nak berjalan kena fikir banyak benda, tak boleh membazir sangat. Kena saving.. huhu... apa lah nasib tahun 2020 ni kan.. ~

15 comments:

  1. tidur cukup pasti bangun esok rasa fresh. Amik makanan sihat, pasti semua zat ckup!

    ReplyDelete
  2. Kalau nak datang period confirm mood berubah. Kesian suami dengan anak-anak..tak pasal-pasal terima tempias.

    ReplyDelete
  3. Mood swing kita sama lah. Rindu nk jjcm. Nk balik ganu juga. Rindu laut dkt sana.

    ReplyDelete
  4. Mood swing sebab penat pun yer jugak. Kang tetiba jadi hulk sbb ble penat, dn xdpt nk rehat lg mmg jdi punca

    ReplyDelete
  5. i swing kalau anak2 bising tak respect ummi tgh buat keerja..ini memang bikin stress.

    ReplyDelete
  6. Rasanya semua org dah mood swing time pkp ni

    ReplyDelete
  7. Marsha lately pun mudah mood swing. Sebab tak cukup rest dengan anak-anak kecik yang makin melasak.

    ReplyDelete
  8. Memg mood swing lagila pkpni. Keluar bukan selalu. Lagi dengan perangai anak.. Sush nak tidur awal ke apa sebab anak ade je karenah dia

    ReplyDelete
  9. Dni sejak pregnant ni mudah bertukar jadi rimau😅

    ReplyDelete
  10. Ai takde 6 sebab di atas pun boleh mood swing juga.. huhuhu

    ReplyDelete
  11. Mood swing Marina kjap je. Separuh hari. Hahaha. Marina lebih kepada mendiamkan diri je kalau mood swing

    ReplyDelete
  12. saya kalau tak cukup tidur swing la jgk..haha..so kena cukup rehat

    ReplyDelete
  13. Macam-macam perkara yang boleh menyebabkan mood swing kannnn... tudung yang dah siap diseterika dan tiba-tiba terkeronyok sikit pun boleh buat mood swing... tudung tak memberi kerjasama, susah nak dibentuk pun boleh mood swing... cari kerongsang tak jumpa-jumpa pun boleh mood swing... hehehehe... ada je kan...

    ReplyDelete
  14. kadang2 orang lelaki pun ada mood swing jugak tau

    ReplyDelete