Hanya Bayar RM399 dapat Terbang sampai 9 Bulan Cuti-Cuti Malaysia Bersama Air Asia



Hari ni 10 Jun 2020, tarikh yang bermakna di tahun 2020 ni, sebab kita semua di beri kebebasan untuk merentas negeri dan dah boleh melancong! Yeah! Untuk kaki jalan macam huda , memang teruja nak lepaskan rindu jalan ke sana sini,namun jangan dilupa ikuti SOP dengan sebaiknya serta jaga kebersihan diri dan kesihatan. Hari ni juga, huda teruja nak kongsi promosi menarik dari Air Asia. Hanya Bayar RM399 sahaja, kita berpeluang terbang ke sana sini bercuti dalam Malaysia sehingga 9 bulan!!

Macamana nak dapatkan AIR ASIA UNLIMITED PASS CUTI - CUTI MALAYSIA ?





AirAsia Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia, berharga RM399 bersih, tersedia untuk semua Ahli AirAsia BIG yang berada di Malaysia

Anda boleh membeli di airasia.com/deals atau aplikasi mudah alih AirAsia (di bawah Tab Tawaran) dari 11 Jun 2020 (1000h GMT + 8) hingga 13 Jun 2020 (2359h GMT + 8).

Beli dan rancang perjalanan anda kemudian di mana penerbangan boleh ditebus untuk perjalanan bermula 25 Jun 2020 hingga 31 Mac 2021.

Tawaran ini akan merangkumi 16 destinasi menarik iaitu, Alor Setar, Langkawi, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuching, Miri, Bintulu, Sibu, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Labuan.

Aduhai, rugi pulak kalau lepaskan peluang keemasan ini kan?
Okay maklumat lanjut boleh rujuk details yang huda kongsikan di bawah.









Boleh baca juga FAQ mengenai  AIR ASIA UNLIMITED PASS CUTI - CUTI MALAYSIA di SINI 

Sekian sharing hari ni... semoga bermanfaat. Walau kita sudah boleh bercuti dalam Malaysia, sentiasa jaga kesihatan dan berjaga-jaga. InshaAllah, fikir yang baik-baik, doa yang baik-baik sahaja. 

7 comments: