
Salam 16 Ramadan 1441 H. Alhamdulillah, syukur nikmat rezeki dapat berpuasa di bulan Ramadan tahun ni. Pastinya Ramadan di tahun ini akan kita ingat sampai akhir hayat kerana tahun ni merupakan tahun ujian yang penuh hikmah iaitu wabak pandemik COVID-19. Kita semua harus biasakan "Normal Baharu" . Hari ni huda nak kongsi satu amalan normal baharu yang semua harus ambil tahu dan laksanakan iaitu menunaikan zakat melalui atas talian termasuk juga membayar Zakat Fitrah. Biasa setiap tahun ketua keluarga akan pergi ke masjid, namun tahun ini, ketua keluarga hanya perlu duduk di rumah sahaja dan boleh menunaikan zakat dengan mudah, semua di hujung jari.
![]() |
Hukum Membayar Zakat Fitrah Online
- Zakat adalah ibadah yg tidak disyaratkan akad. Perkara yang wajib dilakukan oleh pembayar adalah berniat menunaikan zakat ketika beras atau wang fitrah diserahkan kepada amil atau terus kepada asnaf.
- Zakat adalah termasuk dlm kategori tabarru' (derma/sedekah). Akad tidak diwajibkan ke atas muamalah seumpama ini.
- Ia berbeza dengan akad mubadalah (pertukaran) seperti bai', jual salam, mudharabah dan lain-laim. Akad atau lafaz ijab dan qabul diwajibkan ke atas muamalah seperti ini.
- Mengikut pandangan Mazhab Imam Syafi’e, wajib berniat di dalam hati dan tidak disyaratkan dengan kata-kata seperti contoh “Ini Zakat harta” walaupun tanpa berniat fardhu, ini kerana membayar zakat merupakan suatu kewajipan.(Rujukan: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 3/1811)
- Imam Nawawi berpendapat sedekah sama hukumnya dengan hadiah, dan ia tidak memerlukan lafaz ijab dan qabul. Cukup sekadar penyerahan dan penerimaan barang dan pendapat ini merupakan pendapat yang sahih di dalam mazhab Imam Syafi’e serta telah di naqalkan oleh fuqaha’ mazhab muta’akhirin. (Rujuk: Raudah al-Thalibin,5/365-366)
Jom Tunaikan Zakat Secara Online
Terdapat banyak cara untuk menunaikan pembayaran zakat secara atas talian antara nya :-
Mudah sahaja, dengan 3 langkah iaitu : -
Terdapat 2 pilihan untuk membuat pembayaran zakat melalui aplikasi di telefon pintar iaitu :-
1) EZakatPay
Mudah sahaja, dengan 3 langkah iaitu : -
- Imbas QR Code di atas atau layari https://fpx.zakatselangor.com.my
- Isi dan lengkapkan maklumat diri
- Buat Pembayaran zakat
2) Aplikasi E-Wallet
Terdapat 2 pilihan untuk membuat pembayaran zakat melalui aplikasi di telefon pintar iaitu :-
- GoPayz
- Boost
Pembayaran zakat secara online memang nampak mudah, namun bagi golongan warga emas yang buta IT mungkin sukar bagi mereka. Jadi generasi muda haruslah membantu dengan kemudahan yang ada. Tolong atok bayarkan zakat pun dapat pahala..
Selain Zakat Fitrah yang wajib di tunaikan pada bulan Ramadan, jangan dilupa kewajipan menunaikan zakat-zakat harta yang lain yang sudah memenuhi syarat kewajipan zakat. Antaranya Zakat Family dan juga Zakat Perniagaan.
Baca DISINI untuk maklumat lanjut tentang ZAKAT FAMILY
Elektronik Zakat Online (EZO)
Lembaga Zakat Selangor ( LZS) memudahkan pembayar zakat untuk menyemak cetak salinan bayaran zakat atas talian melalui Elektronik Zakat Online (EZO) bagi mereka yang nak tunaikan zakat bagi diri sendiri dan keluarga.
Berita baik untuk pembayar zakat, secara automatiknya tersenarai dan berpeluang memenangi hadiah menarik yang disediakan ( boleh rujuk hadiah di poster di atas) . Semoga inisiatif LZS ni dapat menggalakkan lebih ramai pembayar zakat.
Klik pautan berikut untuk semak
Daripada Ibn ‘Abbas RA berkata:
“Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang mengerjakan puasa daripada perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk serta untuk menjadi makanan kepada orang-orang miskin. Oleh sebab itu, sesiapa yang menunaikannya sebelum solat hari raya maka jadilah ia zakat fitrah yang diterima. Sesiapa yang menunaikannya sesudah solat hari raya maka jadilah ia sedekah biasa seperti sedekah sunat yang lain.”(Hadith riwayat Abu Daud, No.1609, Ibn Majah, No. 1827, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, No. 7513, al-Daruqutni dalam sunannya, No. 2042)
Selamat menunaikan kewajipan zakat untuk diri dan keluarga dan semoga ia menambah keberkatan dalam hidup kita dunia akhirat...
16 Comments