Travelog Sabah Part 7 | Sabah Tea , Ranau



Sabah mempunyai jenama teh sendiri yang bernama Sabah Tea, yang telah ditubuhkan sejak 1978. Sabah Tea Garden adalah satu-satunya ladang teh organik di Borneo. Teh daun dari ladang seluas 2,480 hektar adalah bebas 100% racun perosak. Ladang Teh Sabah (kini dikenali sebagai Taman Teh Sabah / Sabah Tea Garden) telah dirasmikan pada 19 Februari 1984 oleh, Tun Dr. Mahathir Mohamad. 


Terletak 2,272 kaki di atas paras laut, hasil tuaian teh di sini adalah bebas 100% racun perosak kerana serangga ditarik ke arah hutan hujan berusia 130 juta tahun yang mengelilingi ladang teh ini.  Ini menjadikan Teh Sabah tulen dan semulajadi. 

Tambahan pula, kelebihan lokasi Taman Teh Sabah di kaki bukit Gunung Kinabalu adalah ia membolehkan setiap musim menuai di ladang teh Sabah menjadi seperti musim menuai seperti musim bunga, yang dianggap sebagai hasil tuaian terbaik.


Tarikan di Sabah Tea Garden


Sabah Tea Garden bukan sekadar ladang teh biasa, namun terdapat pelbagai aktiviti dan tarikan menarik di sini. Kalau korang nak stay di sini pun boleh tau. Boleh rujuk link berikut untuk ketahui lebih lanjut tentang Sabah Tea Resort 


Kami sekeluarga berkunjung ke sini lewat petang dari Luanti Fish Spa. Jadi masa kami di sini agak terhad. Kami sekadar menikmati permandangan indah di sini dan tak dilupakan bergambar dengan  Go Sabah Frame ini. 



Di sini juga terdapat Tree House dan Canopy Walk. Butiran entrance fee nak naik di sini boleh rujuk gambar di bawah yer


Kami tak naik pun. Mungkin sudah keletihan berjalan dan bergambar dari awal pagi lagi..  Memang unik dan cantik sebenar yer Tree House ni.. Kami tengok dari bawah sahaja. 


Credit Picture : FB Sabah Tea



Sebelum pulang, singgah juga beli Sabah Tea buat kenangan. Rugi pulak kalau tak shopping Sabah Tea di sini. Huda pilih Sabah Tea Floral Series. Beli combo pack RM60 untuk semua ni. Kalau beli satu-satu, harganya RM 12 


Setiap pek terdapat 15 Tea potbags. Tak sabar nak rasa semua teh ni, huda memang suka teh yang ada bau wangi ni.. 


~ Nak jalan-jalan Sabah?
Boleh hubungi NH Travel untuk tempah kereta sewa di Sabah dan juga pakej travel & tour Sabah yang terbaik!

Post a Comment

0 Comments