Travelog Sabah Part 6 | Luanti Fish Spa di Ranau




Setelah seharian berjalan dari awal pagi hingga ke petang, jom kita pergi Spa pulak rileks lenguh kaki berjalan. Spa ni bukan biasa-biasa yer..Fish Spa yang terletak di Kampung Luanti, Ranau Sabah. Jarak lebih kurang 1 jam juga dari Kundasang. Ini kali pertama bawa The Arifs pergi fish spa memang kejakunanlah diorang...


Luanti Fish Spa di Ranau




Luanti Fish Spa ini terletak di Kampung “Tagal” Sungai Moroli, Kampung Luanti di daerah Ranau. 
Korang perasan tak perkataan' TAGAL' tu macam di highlightkan jer.. 
' TAGAL'  bermaksud ‘tidak memancing’ dalam dialek tempatan Kadazan Dusun . 
Rupanya sungai di sini diperlihara oleh kerajaan Sabah dalam usaha memelihara alam sekitar dan ekosistem sungai. 



Luanti Fish Spa terletak bersebelahan dengan pintu masuk Sabah Tea Garden. Sebelum masuk ke kawasan parking, pastikan korang singgah dulu di kaunter tiket untuk beli tiket yer. 
RM 5 untuk dewasa ( rendam kaki sahaja) dan RM 2 untuk kanak-kanak. Nak bergambar tak kisah lah guna kamera atau camera phone, kena add on caj RM 3 yer. 


Setiap tiket ada nombor. Sebab nombor ni jadi tanda yang menentukan masa kita dah tamat, sebab pengunjung diperuntukkan masa hanya 15 minit sahaja! Bila dah tamat, no korang ni akan di panggil siap ada bunyi siren lagi halau korang suh keluar. hehe....  Dengan cara ni memberi peluang kepada orang lain pula dapatan rawatan “spa” oleh ikan - ikan di sini. 

Kalau korang tanya rasa apa Fish Spa ni? Mula-malu masuk, terjerit lah jugak sebab geli dan sakit gak mula-mula kena gigit dengaan ikan ni. Tapi lama-lama okay sikit..hehe..

Ikan-ikan di sini kebanyakannya  ikan jenis ‘Ikan pelian’ atau ikan kelah yang hidup dalam habitat semula jadi mereka.  Bila masuk jer kaki dalam sungai, ikan-ikan kerumun di kaki dan menggigit lapisan kulit yang mati pada kaki . Nah close up sikit gambar ikan "makan" kaki.. 



Walau masa 15 minit, rasa cukup jer nak ber " Fish Spa" di sini. Satu pengalaman yang unik dan menarik di Ranau yang pastinya kami takkan lupakan... 


~ Nak jalan-jalan Sabah?
Boleh hubungi NH Travel untuk tempah kereta sewa di Sabah dan juga pakej travel & tour Sabah yang terbaik!

Post a Comment

0 Comments