Jalan-Jalan Terengganu Tengok Drawbridge



Jalan-Jalan Terengganu Tengok Drawbridge | Cuti sekolah yang lepas, huda luangkan masa bersama The Arifs berjalan-jalan sekitar bandar Terengganu.  Rezeki dapat redeem free hotel dari apps OYO, huda check in hotel OYO yang paling dekat dengan Bandar sebab nak bawa The Arifs jalan-jalan Terengganu.  Seronok dapat tengok view cantik Drawbridge Kuala Terengganu pada waktu malam dan juga waktu siang.


Lokasi kami tengok permandangan Drawbridge ini di Pesisir Payang. Selepas kami dinner di Selera Bos, Waterfront Kuala Terengganu, kami singgah solat maghrib di surau di Pasar Payang.  Selesai solat terus ke Pesisir Payang yang terletak hanya beberapa meter dari Pasar Payang. Ini kali pertama bawa The Arifs menikmati  view Drawbridge pada waktu malam dengan jelas. Sebelum ni hanya lalu jer atas jambatan, memang tak pernah jejak kaki ke Pesisir Payang ni semata-mata nak tengok drawbridge dan bergambar. Cantik sangat rupanya view Drawbridge dari sini. Kalau tengok di sebelah seberang takir ada bangunan hotel yang menjadi kan view drawbridge sedikit terhalang.




Keesokan paginya, selepas check out hotel, kami singgah jalan-jalan bergambar di Turtle Alley di Kampung Cina, berhampiran tapak pasar payang yang lama. 






Selepas bergambar sakan, singgah ke Pesisir Payang dan ambil gambar Drawbridge pada waktu siang pula. Haish, memang takkan puas tau nak amik gambar Drawbridge ni, maklumlah jambatan ikonik yang pertama di Terengganu kan..  Memang cantik sangat view pada waktu siang dan juga waktu malam.


Sebelum balik ke rumah, kami singgah ke Library Terengganu, untuk pinjam buku untuk jadikan bahan bacaan The Arifs. 


Sebenarnya banyak sangat tempat best nak berjalan kat Terengganu ni, tapi atas kekangan masa dan kerja yang harus kami siapkan, maka bercuti bawa The Arifs tengok Drawbridge pun jadilah. Maybe next time kami akan kongsi lagi tempat menarik lain di Kuala Terengganu yang indah dan sejahtera. 

Post a Comment

0 Comments