Nak Cerah Berseri dan Awet Muda? Guna Jer Safi Youth Radiance dengan 3 kali Ganda Kuasa Antioxidant dan 6 Kali Ganda Kuasa Lembapan



Azam huda tahun baru yang bakal tiba tak lama adalah nak cantik! Terutama sekali untuk tatapan suami tersayang yang hadap huda 24 jam sehari. Walau umur semakin tahun semakin meningkat, huda nak terus yakin dengan penampilan wajah yang cerah berseri dan juga awet muda. Age is just number! Dengan adanya SAFI YOUTH RADIANCE huda yakin azam huda tahun 2020 ni jadi kenyataan!

Huda sangat teruja nak kongsi produk terbaru Safi yang huda sendiri dah cuba dalam minggu ni.

SAFI YOUTH RADIANCE diperkaya dengan manfaat ekstrak herba mewah Saffron, Nano Gold 24K, Beetox dan Lipo Vit-C serta BEBAS dari bahan2 kimia seperti seperti mineral, paraben, alkohol. Ianya juga disahkan Halal!!.

Fungsi SAFI YOUTH RADIANCE
🔴mampu melawan masalah penuaan kulit di sebabkan oleh faktor luaran,
🔴bertindak mengurangkan garis halus,
🔴mengecilkan liang pori,
🔴mengekalkan kelembapan kulit serta mengekalkan keremajaan kulit agar kelihatan cerah berseri

Menurut kajian dari pusat penyelidikan Safi ( Berdasarkan ujian klinikal, dengan penggunaan rangkaian SAFI YOUTH RADIANCE secara berterusan) ; 
  • 67% peningkatan kadar keanjalan kulit yang lebih baik
  • 75% peningkatan kadar pencerahan kulit

SAFI YOUTH RADIANCE ada dua jenis rangkaian produk yang memberi kesan terbaik bila digunakan bersama iaitu:-

🌺 Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence


Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence cuma berharga RM55.90 untuk 100 ml. Bolah guna lama ni tau, berbulan-bulan. 

Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence mengandungi manfaat nutrisi mewah ekstrak saffron, Beetox dan Lipo Vit-C.
Produk ini diformulasi berasaskan air dan diperhebat dengan Asid Hialuronik yang mampu mengunci lembapan dengan lebih mendalam selama 24 jam.
Jadi ianya mampu mempertingkatkan kadar kandungan air di dalam kulit sekaligus mengembalikan keanjalan kulit muka.
Wah, memang hebat kan formulasi Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence ni!!


Cara Penggunaan Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence

Tuangkan dalam kuantiti yang mencukupi dan sapu rata produk di keseluruh wajah . Kemudian, urut lembut dengan hujung jari secara bulatan sehingga meresap sempurna.



Pengalaman huda guna kali pertama dah terasa kehebatan Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence. Tesktur yang ringan , mudah meresap dan juga kesan kulit terasa lembap dan tegang. Memang produk terbaik ini untuk anti-aging. Bukan setakat untuk awet muda sahaja, produk ini juga sesuai untuk mencerahkan kulit wajah. Opss, makin cantik lah pasni.. hehe.. Korang jangan jeles yer..nak cantik jugak kena dapatkan produk ni cepat2!

🌺Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser



Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser berharga RM55.90 dengan berat 40 g

Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser merupakan gabungan serum dan juga moisturizer. Keistimewaan produk ini ia menyerap dengan pantas dan lebih mendalam dalam kulit yang bermasalah untuk membaiki tekstur kulit dan ia bukan sahaja untuk merawat malah melembapkan kulit sekaligus!
Ciri produk ini yang huda suka adalah tekstur akan berubah dari bentuk krim kepada titisan air kemudian menyerap ke dalam kulit.  Serapan yang cepat, terasa ringan dan juga tidak melekit. 





Cara Penggunaan Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser


Selepas menggunakan Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence, boleh terus sapukan Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser ke wajah. Sapu dan ratakan sehingga titisan air di serap sepenuhnya. 

 

Pengalaman lepas guna produk ni..Fuh lepas guna kali pertama terus rasa "wow".
Lepas sapu Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence di wajah terus terasa kulit tegang. Kemudian guna Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser kulit terasa lembut , lembab dan segar jer!

Rangkaian produk SAFI YOUTH RADIANCE ni water based, jadi memang best pakai, rasa ringan, tak melekit dan juga cepat jer serap! Memang terbaik , so any skin type boleh gunakan.

Huda dah cuba, dan memang sangat2 rekemen untuk korang cuba jugak!
Jom dapatkan SAFI YOUTH RADIANCE di semua rangkaian Watsons, Guardian dan Aeon Wellness seluruh negara.



Post a Comment

0 Comments