App Review | Aplikasi Anak2u Mudahkan Sistem Pengurusan Tadika dan Taska


Zaman sekarang ni, semua informasi kita boleh dapatkan melalui aplikasi atas talian di telefon pintar. Dengan adanya aplikasi ini ia memudahkan urusan seharian kita. Hari ni huda nak kongsi satu aplikasi yang memudahkan sistem pengurusan tadika dan taska iaitu aplikasi yang diberi nama " Anak2u"


Apa itu Aplikasi Anak2u?



Aplikasi versi terbaru iaitu Anak2u yang merupakan satu sistem pengurusan tadika dan taska yang  membantu para pendidik serta pengurusan sekolah dalam menguruskan data dan aktiviti pelajar. Tambahan pula, ianya dapat memudahkan ibubapa untuk melihat perkembangan anak-anak mereka secara terus melalui Aplikasi Anak2u.   Para ibubapa dapat melihat progress pembelajaran, aktiviti yang dilakukan di taska/tadika dan juga melihat laporan anak-anak mereka melalui apps. Selain itu,   ibubapa juga menerima pengumuman dari pihak tadika secara terus, serta boleh membuat pembayaran secara langsung menggunakan online payment. Memang sangat memuudahkan urusan untuk pihak tadika/taska dan juga ibu bapa kan?

Huda sangat rekemen semua tadika/taska di Malaysia ni gunakan aplikasi Anak2u  ni sebab ia memudahkan  dalam pengurusan pembelajaran anak-anak dengan lebih sistematik dan efektif. 

Ibu bapa akan lebih yakin dengan taska/tadika yang anak-anak mereka di tempatkan kerana mereka
dapat memantau pergerakan, aktiviti anak-anak, perkembangan pembelajaran  dan laporan anak-anak mereka melalui aplikasi telefon. 


Fungsi-Fungsi Aplikasi Anak2u 

1. Mengisi laporan aktiviti harian pelajar tanpa melalui logbook. 

2. Maklumat aktiviti pelajar terus dipaparkan kepada ibubapa mereka. 

3. Monitor performance pelajar melalui tahap penanda aras (milestone) mengikut silibus PERMATA. 

4. Mengemaskini dan membayar yuran tadika/taska melalui aplikasi Anak2u. 

5. Menjana report dan invois yuran pendaftaran. 

6. Pengenalan module RPA dan RPH untuk membantu cikgu tadika/taska membuat pengajaran. 

7. Dapat priority dalam pengiklanan tadika/taska di website explore-anak2u

8. Dapat aplikasi tambahan seperti aplikasi bantuan pembelajaran alaf baru (Teknologi AR) dan permainan



Berminat untuk dapatkan Anak2U-Sistem dan Aplikasi Tadika Taska ?

Jom muat naik di Google Play Store, klik link berikut :-
1) Apps Anak2u Teacher
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.anak2u.teacher
3) Apps Anak2u Parent
  https://play.google.com/store/apps/details?id=com.anak2u.parent
2) Mari Membaca Anak2u
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.MDRTech.MariBelajarMembaca



Untuk maklumat lanjut boleh rujuk : - 

WEBSITE

FACEBOOK

INSTAGRAM

Post a Comment

0 Comments