Shopping Photography Props di Kedai ECO


Shopping Photography Props di Kedai ECO | Projek hari ni, huda habiskan masa cari barang-barang yang sesuai untuk dijadikan photography props di Kedai ECO. Niat hati nak asah skill photography, alang-alang dah ada kamera sendiri, rugi sangat kalau tak manfaatkan betul tak? Sekarang musim tengkujuh, jadi nak amik gambar outdoor memang susah. Jadi alternatif terbaik, amik gambar indoor jer gunakan photography props. Jom tengok barang-barang yang huda beli di kedai ECO untuk dijadikan photography props.


Shopping Photography Props di Kedai ECO


Berikut adalah barang-barang huda beli di kedai ECO di mana setiap satu barang cuma RM 2.10 sahaja. 


Rumput karpet dan juga mini cactus 

Sangat comelkan mini cactus ni?


Alas berbulu warna putih. 


Lembut dan warna putih suci murni. Props terbaik untuk amik gambar produk review nanti. 


Wall deco yang sangat comel. Boleh gantung jadi backdrop..



100 pcs ice cream stick. Ni boleh juga buat craft dan dijadikan props. InshaAllah next project craft boleh guna. 


Wall paper 2 meter. Sesuai di jadikan background photography 

Contoh huda gunakan wall paper tadi dan amik gambar bersama 3 lagi barang huda beli untuk di jadikan props tema makanan nanti. 


Sekian...ini sahaja barang-barang yang huda beli di Kedai ECO untuk di jadikan props photography. Dan bermula esok 1.12.19 sehingga 30.12.19 huda nak cabar diri sendiri dengan 30 Days Photography Challenge. Wish me luck! Semoga huda berani nak mencuba dan lebih rajin belajar tips photography.

 Sebab menjadi blogger ni kena pandai amik gambar cantik-cantik baru lah masyuk job datang.. hihi.. InshaAllah, semoga penutup tahun 2019 ini huda dapat improve macam-macam dalam hidup termasuklah skill photography...









2 comments: