Penghulu Istigfar dan Kelebihannya


Salam Jumaat... Penghulu Segala hari. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita hari ni. Hari ni bukan seperti hari-hari yang biasa, sebab ada keberkatan Jumaat dan macam-macam amalan yang wajib dan juga sunat yang boleh kita amalkan. Sempena keberkatan penghulu hari ni, huda nak kongsi tentang Penghulu Istigfat atau dikenali juga dengan Sayyidul-Istighfar.






Jom kita link youtube link yang huda share ni. Ikuti sebutan Sayyidul Istigfar ni dan fahami maksudnya.

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ،أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ


Maksud Penghulu Istigfar


Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau”. [Riwayat al-Bukhari (6306)]


  • Nabi SAW telah menghimpunkan seni makna-makna serta lafaz-lafaz yang indah dan dengan itu melayakkan ia digelar sebagai penghulu segala istighfar.
  • Terdapat padanya ikrar kepada Allah yang Esa akan keEsaan-Nya dan juga Ubudiyyah kepada-Nya (yang hanya berhak disembah). 
  •  terdapat pengiktirafan (daripada hamba) bahawa Allah adalah pencipta dan beriqrar dengan janji yang diambil oleh Allah ke atasnya. 
  •  berserah dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah kepadanya serta memohon perlindungan (daripada Allah) dari segala kejahatan yang dilakukan oleh seseorang hamba itu terhadap dirinya. 
  • terdapat sandaran kesenangan kepada pencipta-Nya dan juga sandaran dosa kepada diri pelakunya serta keinginannya untuk memohon ampun 
  • pengiktirafan akan dosa yang telah dilakukannya bahawa tiada yang mampu untuk mengampunkan dosa-dosa tersebut melainkan Allah SWT.


Kelebihan Mengamalkan Penghulu Istigfar



Sabda Baginda SAW

وَمَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang mengucapkannya (Sayyidul-Istighfar) di waktu siang hari serta yakin dengannya, lalu dia meninggal pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga. Dan barangsiapa yang mengucapkannya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga”.


Jom kita beramal dengan Sayyidul-Istighfar ini dengan yakin dan penuh pengharapan dosa-dosa di ampunkan. Sebab selagi kita bernyawa kita tak terlepas dari berbuat dosa. 

Lagi-lagi zaman sekarang tanpa batasan, buka sosial media, maksiat dan dosa di sana sini. Dosa melihat mereka yang tidak menutup aurat, dosa membaca fitnah dan mengumpat.

Sekian perkongsian pagi Jumaat yang berkat ni. Sama-sama kita cari Redha Allah...sebab hidup kita di dunia adalah untuk bekalan kita di alam akhirat nanti. Betulkan niat kita, hidup kerana Allah, InshaAllah segala amal perbuatan kita adalah pahala di sisi Allah.

Sumber : Irsyad Al-Hadith

1 comment:

  1. Great site and a great topic as well i really get amazed to read this. Its really good. Get 1000s of Twitter hashtags using Keyword Tool for (FREE)! Grow your Twitter followers & find trending topics. #1 BEST alternative to Twitter search!

    ReplyDelete