9 Tips Parenting PENTING dalam Mendidik Anak-anak


9 Tips Parenting PENTING dalam Mendidik Anak-anak | Topik parenting atau keibu-bapaan ini, sangat luas, semakin kita belajar, semakin kita sedar makin banyak yang kita tak tahu. Huda sendiri sentiasa luangkan masa untuk belajar pelbagai tips parenting. Sangat penting dan kritikal sekarang, anak-anak kecil. Apa yang kita buat dan ajarkan, membentuk mereka, menentukan masa depan mereka. Jangan kita menyesal di kemudian hari hanya kerana sifat tak acuh kita tentang perkembangan mereka ketika mereka kecil. 


9 Tips Parenting PENTING dalam Mendidik Anak-anak


Tips #1 - Tingkatkan keyakinan anak


Anak-anak membesar dari segi emosi dari bagaimana ibubapa mereka melayan mereka. Melalui mata ibu bapa , nada suara, bahasa tubuh , dan setiap ekspresi  diserap oleh anak-anak. Kata-kata dan tindakan kita sebagai ibu bapa mempengaruhi perkembangan diri mereka dari segenap sudut kehidupan mereka.

Penting untuk kita bantu tingkatkan keyakinan anak-anak dengan menunjukan sikap positif dan dorongan terhadap apa jua mereka lakukan walaupun ianya kecil bagi kita. 

Beri mereka kebebasan untuk buat kerja rumah sendiri, bagi mereka rasa badan mereka kuat, boleh buat tugasan orang dewasa. 

Jangan sesekali melemahkan semangat mereka dengan memperlekehkan usaha mereka dan bandingkan dengan adik beradik lain. Setiap anak itu unik. 

Choose your words carefully and be compassionate

Tips #2 -  Puji Anak Dengan Sikap Baik Mereka



Ketika anak-anak buat sesuatu perkara tanpa di suruh , puji mereka, Ia menunjuk kita peka dengan mereka. Contohnya, anak mengemas katil tanpa disuruh kita puji mereka. Si abang bermain dengan adik dengan baik, berkongsi dan bertolak ansur. Puji sikap mereka. 
Pujian ini menggalakkan tingkah laku yang baik dalam jangka masa panjang berbanding dengan pemberontakan yang berulang. 

Make a point of finding something to praise every day.
Tips #3 - Bentuk Displin Anak-anak 

Disiplin diperlukan dalam setiap isi rumah. Matlamat disiplin adalah untuk membantu kanak-kanak memilih tingkah laku yang boleh diterima dan belajar mengawal diri. Mewujudkan peraturan rumah membantu anak memahami peraturan dan membangunkan sifat kawalan diri.

Being consistent teaches what you expect.

Tips #4 - Masa Untuk Anak-anak

Kanak-kanak yang tidak mendapat perhatian yang mereka mahu dari ibu bapa mereka sering berkelakuan negatif hanya kerana mahupun perhatian. 

Pernah tak buat jadual masa luangkan bersama anak-anak? 

Lagi bagus duduk bersama berbincang dengan anak-anak, nak luangkan masa nak buat aktiviti apa bersama-sama, contoh main catur ke main video game ke atau sebagainya.
Cara lain untuk ibu bapa yang terpaksa berkerja dan kesukaran nak luangkan masa bersama dengan kerap, boleh cuba cara ini. Selitkan nota kata-kata istimewa dalam lunch box anak-anak. 

Do many little things you do — that kids will remember.



Tips #5 - Jadi Role Model Terbaik Untuk Anak-anak 

Anak-anak belajar banyak tentang cara bertindak dengan melihat perbuatan ibu bapa mereka.  Sebelum anda melepaskan marah dan bertindak tidak sepatutnya di hadapan anak anda, fikirkan ini: Adakah anda mahu anak anda bertindak begini apabila marah?

Ketahui bahawa anda sentiasa ditonton oleh anak-anak anda. 
Tunjukka sifat yang anda ingin lihat di dalam diri anak-anak anda seperti rasa hormat, keramahan, kejujuran, kebaikan dan  toleransi. Selalu mengucapkan Terima kasih dan pujian. 

treat your kids the way you expect other people to treat you.

Tips #6 Komunikasi adalah Kunci


Anda tidak boleh mengharapkan anak-anak melakukan sesuatu, apabila anda menyuruh mereka.. 

Jadikan arahan dan alasan kenapa perlu lakukan sesuatu perkara itu jelas. Jika ada masalah, terangkannya, nyatakan perasaan anda, dan ajak anak anda untuk berbincang tentang penyelesaian.  Pastikan untuk memasukkan akibatnya. Buat cadangan dan tawaran pilihan. Bersikap terbuka kepada cadangan anak anda juga. Berunding. Kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam keputusan lebih bermotivasi. 

Make Communication a Priority

Tips #7 Fleksible Dengan Gaya Parenting 

Jika anda sering merasa "dikecewakan" oleh tingkah laku anak anda, mungkin anda mempunyai jangkaan yang tidak realistik. 

Persekitaran kanak-kanak mempunyai kesan ke atas tingkah laku mereka, jadi anda mungkin dapat menukar tingkah laku itu dengan menukar persekitaran. 

Persekitaran ini termasuk gaya hidup dan bagaimana anda mendidik dan memberi arahan kepada mereka. Setiap anak juga mempunyai pendekatan berbeza kerana setiap anak itu unik. 

Dekati dan fahami sifat anak, dan wujudkan bonding supaya mereka lebih mudah menerima arahan dan memahami kemahuan kita sebagai ibu bapa. Jadi ibu bapa yang fleksible dan anak-anak akan selesa dengan ibu bapa yang boleh berubah dan memahami mereka. 

seize every available moment to make a connection!

Tips #8 Cinta Tanpa Syarat.

Sebagai ibu bapa, anda bertanggungjawab untuk membetulkan dan membimbing anak-anak anda.
Apabila anda berhadapan dengan anak anda, elakkan menyalahkan, mengkritik, atau mencari kesalahan, yang menjejaskan maruah dan boleh menyebabkan wujud kebencian. Sebaliknya, berusaha untuk memupuk dan menggalakkan, walaupun ketika mendisiplinkan anak-anak anda. 

Pastikan mereka tahu bahawa anda mahu dan mengharapkan masa depan yang lebih baik, cinta anda untuk mereka tanpa syarat. 

your love is there no matter what

Tips #9 - Sedar Kelemahan Diri Sendiri sebagai Ibu Bapa

Kita sebagai ibu bapa harus sedar kita sendiri ada kelemahan dan tidak sempurna. 

Kenali kekuatan dan kelemahan diri dalam proses mendidik anak-anak. 

Cuba mempunyai harapan yang realistik untuk diri sendiri, pasangan anda, dan anak-anak anda.

Ada ketikanya , luangkan masa selain dari parenting task yang mencabar. Buat sesuatu yang anda gembira dan bahagia seperti luangkan masa dengan pasangan tanpa anak-anak.

Focusing on your needs does not make you selfish. It simply means you care about your own well-being, which is another important value to model for your children.


Sekian sharing hari ni. Semoga kita sama-sama berusaha jadi parent terbaik dan didik anak-anak kita jadi anak terbaik dan soleh. InshaAllah.

Post a Comment

1 Comments

Susan said…
This article gives the light in which we can observe the reality. This is very nice one and gives indepth information. Thanks for this nice article. View and Download pictures, videos, stories, igtv with the help of instagram web viewer and downloader – Instagram viewer.