7 Tips Penjagaan Rambut Khusus Untuk Wanita Berhijab dan Bebas Kelemumur!


Hai wanita muslimah yang berhijab! Tahniah anda menjadi wanita pilihan Allah yang diberi hidayah untuk perlihara aurat dari seksa api neraka. Jom kita bersyukur sama-sama, sebab ramai lagi wanita yang beragama islam tapi abaikan perintah dan kewajipan menutup aurat ni.. InshaAllah, kita doakan Allah pilih mereka juga untuk mendapat hidayah untuk berhijab. Okay, nak tanya lah macamana korang jaga rambut dengan kena pakai hijab sepanjang hari ?

Kita ni bertudung sepanjang hari, walau tak show off pun rambut kita pada umum, tapi kita mesti jugak kesihatan rambut kita. Rambut kan mahkota wanita. Betul tak? Tak kisah sama ada wanita berhijab atau tidak , sama penting jaga kesihatan rambut agar tidak rosak. 

Jom huda kongsikan 8 Tips Penjagaan Rambut Khusus Untuk Wanita Berhijab : -


 #1 - PILIH SYAMPU YANG SESUAI


Anda boleh menggunakan syampu jenis menthol sekiranya rambut anda mempunyai masalah kelemumur. Pilihan terbaik adalah pilih syampu yang diformulaso khas untuk wanita bertudung 


#2- GUNAKAN PERAPI RAMBUT/ CONDITIONER

Syampu sahaja tak mencukupi, jadi rutin selepas mencuci rambut dengan syampu, gunakan perapi rambut/ conditioner. Ia mampu untuk mengekalkan rambut yang sihat dan lembut.

Tips Menggunakan Perapi Rambut
- JANGAN menggunakan perapi rambut sampai terkena kulit kepala kerana! Sebab nanti rambut akan jadi berminyak dan kelemumur. Jadi gunakan perapi rambut  dengan betul, hanya pada rambut! 


#3 - GUNAKAN SERUM RAMBUT 

Fungsi serum rambut adalah memberikan vitamin yang secukupnya untuk rambut sihat selalu. 


#4 - KERINGKAN RAMBUT!

Sebelum pakai tudung dan ikat rambut tu, pastikan rambut sudah dikeringkan yer. Kalau tak rambut akan berbau, kusut  dan menjadikan hujung rambut berbuah dan juga bercabang. Mesti korang tak nak kan? 


#5 - ANAK TUDUNG

Disaranakan untuk memilih anak tudung dari fabrik kapas dan serap peluh. Dan terbaik tukar anak tudung setiap hari, untuk jaga kebersihan dan kesihatan rambut

#6 - MAKANAN SIHAT

Khasiat melalui makanan sihat menyumbang kepada kesihatan dan kecantikan rambut. Jadi, sangat penting makan makanan yang seimbang yang mengandungi vitamin seperti biotin, silika, Vitamin B, C dan E serta zat besi dan omega 3. 

#7 - SALON
Luangkan masa dalam 3 bulan sekali untuk kunjungi salon muslimah dan potong rambut. Tak perlu potong ubah hair cut sedia ada pun, sekadar potong hujung rambut . Ia akan membuatkan rambut kekal sihat tanpa sebarang kerosakan hujung rambut.

Cara Mudah Nak Atasi Masalah Kelemumur!


Walau kita ni, wanita berhijab, bab kesihatan rambut dan masalah kelemumur jangan di biarkan melarat!

Tak best kan, bila rambut berkelemumur, pastu rasa gatal, tergaru-garu kat luar tudung. nak garu rambut tak boleh sebab pakai tudung..
.
Meh sini, huda kongsikan cara mudah atasi masalah kelemumur dengan menggunakan rangkaian produk dari Safi Shayla
.
Set Safi Shayla Anti Kelemumur yang diformulasi dari kombinasi Micro Bamboo Charcoal dan Habbatus Sauda.

Set ini mampu mengurangkan masalah kelemumur dengan berkesan serta melegakan kegatalan kulit kepala seawal cucian pertama. Serius, memang dari penggunaan pertama huda sendiri dah rasa betapa best yer produk Safi Shayla ni!



Set Safi Shayla terdiri daripada :

1. Safi Shayla Minyak Rambut Anti Kelemumur
2. Syampu Safi Shayla Anti Kelemumur
3. Safi Shayla Masker Penyegar Kulit Kepala Kawalan Kelemumur dan Gatal
.
Jom dapatkan boleh segera di Tesco, Econsave, Giant, Aeon Big dan hypermarket berdekatan.
Nak beg percuma comel2  We Bare Bears Sling Porch Limited Edition macam huda pakai ni secara percuma??


Senang jer, beli produk Safi Shayla  dengan min pembelian RM35 dalam 1 resit.


Boleh rujuk jadual di bawah untuk ketahui lokasi mana yang patut korang terjah untuk dapatkan beg comel ni!


Post a Comment

0 Comments