Selamat Ulang Tahun ke-20 untuk Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM.

Selamat Ulang Tahun ke-20 untuk Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM. 



Pada khamis yang lepas Huda bersama rakan-rakan media telah dijemput untuk memeriahkan lagi majlis ulang tahun ke 20 Rumah Ronald McDonald (RRM) yang terletak di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM-UKM) . Majlis yang meriah ini telah di rasmikan oleh Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri Perdana Menteri Malaysia. Sejak ia ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia), hampir 1,300 keluarga pesakit pediatrik dari seluruh negara telah menginap di rumah ini. RRM di sini merupakan rumah penginapan dalam hospital yang pertama di rantau ASEAN untuk membantu meringankan beban keluarga pesakit pediatrik yang perlu menjalani rawatan di HCTM-UKM.


Sejarah dan Latar Belakang Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM. 

Huda tahu masih ramai yang masih belum mengenali Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM walau sudah dibuka 20 tahun. Macam Huda sendiri, ini merupakan kali pertama huda jejakkan kaki ke sini, dan mengenali lebih dekat tentang Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM. Jom huda kongsikan sejarah dan latar belakang Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM.



Sejarah Penubuhan Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM


Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia) telah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mencari dan menyokong program-program yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia.

RMHC menjalankan empat program utama untuk menyokong teras Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan. Program-program ini ialah :-

· Rumah Ronald McDonald,

· Bilik Sensori Ronald McDonald,

· ‘Gift of Smile’

· Program Pek Kembali ke Sekolah.

RMHC telah memberi impak dalam kehidupan lebih 40,000 kanak-kanak melibatkan kesihatan, pendidikan dan kebajikan dengan pembiayaan lebih RM27 juta sejak 29 tahun lalu.

Dana untuk program-program yang dijalankan diperoleh daripada sumbangan ikhlas individu menerusi tabung yang terdapat di restoran-restoran McDonald’s dan juga tajaan serta sumbangan dari rakan korporat.


Kos Penubuhan Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM


Pada peringkat awal pembinaan RRM di HCTM-UKM, kos rumah ini menelan belanja sebanyak RM2 juta hasil sumbangan pelbagai pihak termasuklah orang awam dan syarikat-syarikat korporat.

Rumah ini telah melalui penaiktarafan dan penambahbaikan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2004 dan 2014, juga hasil sumbangan dari rakyat Malaysia yang prihatin melalui tabung sumbangan RMHC Malaysia di semua restoran McDonald’s di seluruh negara dan melalui tajaan terus.

Konsep Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM

Konsep unik ‘home away from home’ rumah ini merupakan usaha murni RMHC Malaysia bagi membolehkan ibu bapa dan penjaga memberi tumpuan sepenuhnya terhadap proses pemulihan anak mereka.

Selain wang tunai, pihak RMHC Malaysia turut menerima pelbagai jenis sumbangan berupa barangan seperti bahan makanan kering dan basah, barangan keperluan harian dan lain-lain lagi.

Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, “HCTM-UKM sebagai sebuah hospital terkemuka di Malaysia menerima lebih 20,000 pesakit pediatrik setiap tahun.

Selain meringankan beban pesakit dan keluarga mereka, kewujudan Rumah Ronald McDonald ini secara tidak langsung meningkatkan penyampaian perkhidmatan kesihatan di sini.




Fakta Ringkas Rumah Ronald McDonald, HCTM-UKM:


· Bayaran penginapan: RM5 untuk satu malam

· Bilangan bilik tidur: 19 (boleh memuatkan 19 keluarga dalam satu masa)

· Bilangan katil: 57 katil

· Kemudahan lain yang disediakan: Ruang makan, ruang istirahat, surau, dapur, bilik dobi, bilik dan taman permainan, perpustakaan, gim mini dan bilik komputer

· Aktiviti menarik yang dijalankan: Hari keluarga, kelas masakan sihat, kelas kecergasan, sambutan hari jadi untuk pesakit kanak-kanak dan sambutan-sambutan perayaan




Kemeriahan Majlis Ulang Tahun ke 20 Rumah Ronald McDonald, HCTM-UKM



YABhg. Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri Perdana Menteri Malaysia telah hadir untuk menyempurnakan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-20 Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM



Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri Perdana Menteri Malaysia semasa mengimbau kenangan merasmikan pembukaan rumah ini 20 tahun lalu berkata :-


“Saya amat berbangga melihat komitmen berterusan yang ditunjukkan oleh RMHC Malaysia dan HCTM-UKM dalam usaha membantu keluarga-keluarga pesakit pediatrik di sini untuk berada dekat dengan anak-anak mereka yang menjalani rawatan. 20 tahun bukanlah tempoh yang singkat, dan dalam tempoh masa ini, saya terharu dengan komitmen dan sokongan semua pihak dalam memastikan kemudahan seperti ini dapat dikekalkan demi membantu kanak-kanak yang berada dalam situasi yang kritikal dan keluarga mereka.”





Acara memotong pulut kuning sebagai simbolik sambutan ulangtahun ke-20 Rumah Ronald McDonald (RRM) di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM-UKM) yang disempurnakan oleh YABhg. Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri Perdana Menteri Malaysia dan disaksikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr Hanafiah Harunarashid, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM-UKM); YBhg. Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal, Wakil Naib Canselor UKM; dan Encik Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia; Encik Nasri Nordin, Pengurus Besar RMHC.



Penyampaian cenderamata oleh adik Abdul Qayyum Bin Nordin, pesakit leukemia yang menerima rawatan di Rumah Ronald McDonald (RRM) di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM-UKM), kepada YABhg. Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sebagai tanda penghargaan warga UKM dan RMHC

Selain kewujudan Rumah Ronald McDonald di HCTM-UKM , RMHC Malaysia juga telah merasmikan pembukaan Rumah Ronald McDonald kedua di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Semoga usaha murni ini dapat meringankan beban keluarga pesakit kanak-kanak di Kelantan dan kawasan Pantai Timur.


Berminat untuk memberi sumbangan untuk RMHC Malaysia?


Hubungi cawangan Rumah Ronald McDonald di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM-UKM), Kuala Lumpur di talian 03-9173 5994 atau ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 jika anda berminat untuk menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.

Post a Comment

6 Comments

Nadia Johari said…
Bgus kan Rumah Ronald McDonald ni ditubuhkan..meringankan beban waris yang duduk jauh..lepas ni nampak tabung dekat Mcdonalds kene sumbang..hehe
mas saari said…
Lama dah usia rumah Ronald McDonald ni yer.
YB Shehan said…
20 tahun dah rupanya..
Ann Noura said…
Semoga McD berterusan bantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan!
Qaseh Dalia said…
Alhamdulillah, ni first time la qaseh tahu pasal rumah ronald mcd , bagus sangat
Ai said…
Bagu rumah Ronald ni. Dah 20 tahun rupanya. Ai ingatkan baru lagi.