Yeay , Suami Belanja Shopping Sakan Di IKEA Tebrau

Alhamdulillah, murah betul rezeki huda penghujung Februari lepas. Walaupun bulan Februari cuma ada 28 hari sahaja, tapi banyak sangat memori indah tercipta bulan lepas. Ada sesuatu yang Allah nak tunjuk pada huda sebenarnya, rezeki Allah itu datang tepat pada waktunya, tak lambat walau sesaat pun. Yang penting jangan pernah putus ada menjemput rezeki.  Selepas rezeki dapat bercuti  2 hari 1 malam di Legoland Resort, rezeki huda pula dapat shopping sakan di IKEA Tebrau keesokan harinya apabila Encik Suami bagi duit untuk shopping! Yeay, gembiranya sebab dah lama huda tak singgah ke IKEA.


Selepas urusan check out hotel selesai dalam pukul 9.30 pagi, kami terus bergegas ke IKEA Tebrau. Huda memang plan nak breakfast kat IKEA jer, lepas makan boleh terus shopping.

Sampai jer IKEA huda terus ke kaunter untuk renew temporary card huda yang dah lama expired. Lepas dua tiga klik,  temporary card yang baru pun terus print! Yeay, rezeki lagi dapat redeem 2 cawan kopi hari ini.  Settle urusan dapatkan card, terus ke Cafe.




Plan konon nak makan kew teow goreng RM 1 jer sorang satu, sekali encik suami request nak makan popia. Huda pulak nampak ayam goreng macam sedap jer, terbeli jugak la satu set. Total breakfast kami di IKEA hari tu RM19.50 .






Di Cafe Ikea Tebrau ni, huda suka duduk di bahagian tengah, yang ada deco pokok. Kat situ anak-anak boleh main, sambil tunggu  huda beli makanan  boleh la diorang dok diam main2 dalam tu. Dan boleh la huda makan dengan tenang sekejap sementara The Arifs syok main.




Lepas breakfast kami semua turun menuju ke Smaland. Hantar The Arifs bermain di Smaland, huda dan suami fokus shopping barang-barang yang huda nak beli.



Tenang shopping tanpa perlu nak jaga telatah The Arifs yang aktif. Huda shopping di Market Place bahagian bawah jer, tak naik langsung tengok show room deco IKEA yang cantik2 tu. Nak kejar masa sebab nak balik Kuala Terengganu sebelum tengahari.  Ikutkan wishlist sikit jer, sekali main sedap jer la amik sampai terover budget pulak..hehe. Encik suami senyum jer la bila kad dia di swipe... Rezeki bahagiakan isteri , InshaAllah makin murah rezeki...Amin..



Tak sangka dalam 2 jam settle semua , perut dah kenyang , hati dah senang , kami pun pulang.....


Road trip ke Johor Bahru yang 'suprise' dari takde budget langsung pada awalnya dan tiada perancangan yang sempurna ,semuanya adhoc!  Namun tak sangka kami dapat bermewah dengan hotel mahal, makanan yang mahal-mahal ,dan dapat shopping pulak tu.. Rezeki Allah tu sangat2 luas kan. Huda selalu ingatkan diri, semakin banyak rezeki Allah hadiahkan, semakin banyak diri ini perlu bersyukur dengan lidah, hati dan juga perbuatan. 

Post a Comment

2 Comments

Radhia Razali said…
Best kan shopping barangan ikea ni
Ana Suhana said…
Next time try nasi lemak dia pulak huda. Ana suka sgt makan nasi lemak dia.