Inspirasi untuk Melakukan Kebaikan....Demi anak-anak..


Alhamdulillah... Jumaat yang tenang dan damai. Jumaat ni penghulu hari dan hari yang berkat, namun tak semua dapat menikmati keberkatannya, sebab segala berlaku dengan izin Allah. Pasti hanya hambaNya yang terpilih sahaja dapat merasa nikmat keberkatan itu...

Hari ini, huda tak "bekerja", jadi huda habiskan masa dengan membaca buku ilmiah. Tambah ilmu agama, dan tambah ilmu parenting sekali.  Ini antara buku yang huda baca , semua buku ni, huda tak beli pun, pinjam jer kat perpustakaan Negeri dua minggu lepas. 


Terasa nak menulis, sebab bila dah pulang buku ni nanti huda ingat juga point penting yang huda dapat dan terkesan di hati ni. 

Inspirasi untuk Melakukan Kebaikan....Demi anak-anak..

Tengah syok membaca,The Arifs bergaduh. Biasalah kan anak-anak kecil, dah puas main , senda guru, bergaduh pula. Azan Asar dah berkumandang, huda pun suruh anak-anak solat jemaah. Lepas solat minta si adik minta maaf dengan abang, dan abang pun minta maaf juga dengan adik. Lepas peluk, elok dah kedua-dua , tak bergaduh lagi. 


Bukan mudah nak jadi ibu yang baik. Bila anak bising bergaduh, huda cuba tahan perasaan dari marah , dan cari siapa yang salah. Huda mahu tunjukkan contoh terbaik untuk anak-anak. InshaAllah, impian huda nak jadi ibu yang baik, demi anak-anak..

Huda tak nak anak-anak membesar dalam suasana family yang berkata-kata kasar, meninggi suara, pukul anak bila anak buat silap. Huda kena bijak menjaga hati dan emosi. Semuanya berkait dengan iman dan amal harian. Banyakkan istigfar selalu. Ingat, anak melihat setiap tingkah laku kita, dan bagaimana kita bertindak. Huda nak anak-anak huda jadi penyabar, jadi huda sendiri kena bersabar dengan karenah anak-anak yang setiap hari ada sahaja yang menguji keimanan. 

" Sesiapa yang menunjukkan kebaikan, ia mendapat ganjaran amalan seumpama orang yang mengikutinya."

Semoga usaha huda melakukan kebaikan sekarang ni menjadi ikutan anak-anak. Huda sedar, diri ni bukannya baik..tapi huda harus jadi baik, terus buat kebaikan, demi anak-anak.. Mulakan dengan niat nak lakukan kebaikan, kemudian dengan izin Allah , Allah gerakkan tindakan dan kata-kata ke arah kebaikan. Niat hanya satu, harap redha Allah Taala... Mengharap keberkatan dalam hidup huda sekeluarga.

Petikan hadis riwayat Imam Abu Daud dan At-Tirmizi :-
" Sesiapa yang berniat membuat sesuatu kebaikan, lalu tidak dilaksanakan, Allah menuliskan di sisiNya SATU kebaikan. Dan jikalau cita-cita membuat kebaikan lalu melakukannya, Allah menuliskan dengan 10 kebaikan hingga 700 berlipat kali gandanya dari itu. "
Tawakal sepenuh hati pada pemilik hati yang Agung. Menjadi baik itu matlamat hidup dan cara hidup kerana destinasi yang ingin dituju adalah tempat untuk orang yang baik iaitu syurga....



Post a Comment

0 Comments