Tips Kurus - JANGAN MINUM AIR MANIS! - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Tips Kurus - JANGAN MINUM AIR MANIS!

Tips Kurus - JANGAN MINUM AIR MANIS!

Share This

Siapa sini nak kurus? Huda pun nak kurus dan masih berusaha nak capai misi kurus dan sihat. Hari ni nak kongsi satu tips kurus yang WAJIB korang buat untuk capai target kurus korang tu! 

Tips Kurus - JANGAN MINUM AIR MANIS!

Sekiranya korang suka sangat minum minuman hipster , teh tarik, milo dinasour, green tea thailand, ice blended,  dan minuman berkarbonat... korang kena ubah selera korang lepas ni!!!



Sebab apa?

Jom baca 5 Fakta tentang amalan minum air manis dan kesan kepada berat badan. 

#1 -  Kajian telah membuktikan pengambilan minuman tinggi gula akan menyebabkan peningkatan dalam jumlah kalori harian dan menjadi punca kepada penyakit metabolik, masalah obesiti, masalah hati berlemak.


#2- Orang yang minum minuman tinggi gula TIDAK merasa kenyang walaupun mereka telah mengambil kalori yang sama dari makanan pepejal (seperti nasi).  Sepinggan nasi dan segelas minuman manis mungkin memiliki kalori yang sama, namun anda TIDAk akan berasa kenyang jika minum minuman tinggi gula berbandig makanan pejal seperti nasi.
#3-  Ini boleh mendorong seseorang untuk terus makan walaupun selepas pengambilan minuman berkalori tinggi

#4  Kalori berlebihan akan di simpan sebagai lemak yang mengakibatkan perut dan peha korang menggelebeh sebab lemak terkumpul. 

#5 - Pengambilan gula juga menyebabkan badan mengumpul air ( water retention) dan menyebabkan korang rasa gemuk ( gemuk air ) Mengambil terlalu banyak makanan atau minuman manis secara teratur boleh menyebabkan  insulin yang tinggi dalam darah .  Insulin membuat kita mengekalkan natrium, dan apabila badan mengekalkan natrium , badan kita mengekalkan air. Satu-satunya cara untuk menyingkirkan air ini adalah untuk mengelakkan gula.

Jadi, korang dah faham kan kenapa JANGAN MINUM AIR MANIS untuk pastikan misi penurunan berat badan dan dapatkan bentuk badan ideal korang tu tercapai. 



Kajian juga telah membuktikan, dengan mengurangkan pengambilan minuman tinggi gula, risiko untuk mendapat penyakit metabolik juga berkurangan. Jadi, bukan setakat dapat badan yang cantik , bonusnya badan kita makin sihat dan dapat kurangkan risiko penyakit kencing manis.



Semoga perkongsian huda hari ni, dapat memberi inspirasi untuk korang nak kurus tu. Jom kita minum air yang ZERO KALORI setiap hari iaitu AIR KOSONG! Jom kita kurus dan sihat bersama.

p/s: Huda minum air manis waktu cheat day jer tau, jangan lah tak minum langsung , nanti kempunan  pulak. Yang penting minum tu berpada-pada yer. Amalkan minum air kosong, walaupun makan kat luar, ajar anak-anak juga order plain water jer , bukan kedekut tak minum air sedap, tapi fikir kan kesan gula pada tubuh badan kita.

3 comments:

  1. haritu pernah dua minggu straight minum air kosong tapi makan macam biasa, mmg turun kg

    ReplyDelete
  2. Minum air manis ni yang susah nak elak. Ok takpe lepas ni kena tekad kurangkan pengambilan air manis. Sesekali minum boleh kot takut takde manis boleh jadi hypo pulak.

    ReplyDelete
  3. benda simple je jangan minum air manis tapi ini la paling payah nak elak huhuuuu...

    ReplyDelete

Post Bottom Ad

Pages