Alhamdulillah. Syukur , Allah tunaikan impian huda nak "makan-makan" di Menara Kuala Lumpur. Hajat nak jejakkan kaki ke Menara KL sejak beberapa tahun lepas, kini tercapai.
Terima kasih Menara Kuala Lumpur kerana jemputan untuk memeriahkan preview Buffet Ramadan dan rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari yang sudi berkongsi rezeki.
Tema Buffet Ramadan Menara Kuala Lumpur
Buffet Ramadan tahun ini Menara Kuala Lumpur memberi tema ' Iftar disyukuri, Ramadan diberkati' yang akan bermula pada 21 Mei hingga 12 Jun 2018. Buffet Ramadan ini berlangsung dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam di Dewan Bankuet Megaview, Menara Kuala Lumpur.
Signature Dish di Menara Kuala Lumpur
Buffet Ramadan di Menara Kuala Lumpur menghidangkan lebih daripada 80 jenis sajian antarabangsa dan tempatan. Terdapat beberapa Signature Dish yang di sediakan khas oleh Restoren Berputar Atmosphere 360.
Signature dish yang wajib korang cuba bila datang sini nanti adalah 'Oxtail' Asam Pedas. Huda memang peminat asam pedas, bila rasa menu ni, serius sedap giler!! Bertambah berkali-kali tau.
Kambing Golek di Menara Kuala Lumpur ini juga istimewa tidak sama di tempat lain. Terdapat pelbagai sos yang sedap di sini. Di stall kambing golek ini juga terdapat ayam grilled dan salmon grilled. Memang semua sedap!
Pemanis mulut pelengkap hidangan berbuka puasa yang sangat digemari ramai iaitu Serawa Durian. Comel jer, pulut yang dikepal berbentuk bebola, memudahkan tetamu menikmati Serawa Durian ini. Serawa Durian di Menara Kuala Lumpur ni sangat istimewa tau sebab menggunakan durian yang berkualiti tinggi ( baca durian mahal) seperti durian Musang King dan D24. Serius huda cakap, memang "power" Serawa Durian di sini.
Menu yang Huda makan di Buffet Ramadan Menara Kuala Lumpur
Bayangkan ada lebih 80 hidangan, memang tak mampu nak makan semua. Jadi huda cuba beberapa menu yang berkenan di hati.
Pinggan pertama huda mencuba kambing golek dengan sos blackpepper mint, chicken grilled dengan sos blackpepper, grilled salmon dengan sour sauce dan grilled vegetables. Perfect semuanya! Huda suka gabungan sos dan daging kambing, ayam dan ikan salmon. Korang jika berbuka puasa di sini wajib try tau!
Pinggan kedua huda , teruja tengok nasi ulam, huda makan juga nasi di sini. Yer la, pertama kali huda jumpa nasi ulam di Buffet Ramadan, haruslah makan =)
Nasi ulam di makan bersama Udang Masak Tempoyak, Sotong Goreng Kunyit dan Udang Goreng Aneka Cili. Huda memang pencinta seafood, pantang tengok seafood semua huda rembat. hehe...
Pinggan ketiga huda adalah kerabu pelbagai jenis yang di hidangkan di Buffet Ramadan Menara Kuala Lumpur ini. Antaranya, Kerabu Mangga, Kerabu Betik, Kerabu Daging, Paru Goreng Berempah dan Acar Timun.
Menu lain yang korang boleh cuba di sini adalah ketupat dan lemang, satay daging dan ayam dan singgah di stall Aneka Mee yang menghidang pelbagi jenis mee seperti mee kari, mee sup, mee goreng dan keow teow goreng.
Pelbagai pilihan pencuci mulut, pelengkap hidangan berbuka puasa di Menara Kuala Lumpur. Antaranya kuih-muih Melayu, pelbagi jenis kek dan Chilled Longan dan Serawa Durian.
Harga Buffet Ramadan di Menara Kuala Lumpur
Harga Buffet Ramadan di Menara Kuala Lumpur adalah : -
Dewasa : RM128.00
Kanak-kanak : RM78
Harga Promosi sehingga 20 Mei 2018
Dewasa : RM 102.00Kanak-kanak : RM62.00
*Kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah PERCUMA
Kanak-kanak : RM78
Harga Promosi sehingga 20 Mei 2018
Dewasa : RM 102.00Kanak-kanak : RM62.00
*Kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah PERCUMA
** Setiap pembelian akan disertakan dengan sampul raya dan tiket percuma ke Pelantar Permandangan (Observation Deck), Menara Kuala Lumpur.
** Setiap pembelian tiket 10 orang dewasa, PERCUMA 1 tiket dewasa
Selain promosi di atas, pengunjung juga berpeluang untuk berkunjung ke Pelantar Terbuka ( Sky Deck) dengan harga istimewa iaitu RM20.00 sahaja untuk dewasa, RM10.00 untuk kanak-kanak.
Permandangan Indah Ketika Buffet Ramadan di Menara Kuala Lumpur
Panorama matahari terbenam, membuatkan ramai pengunjung asyik menghayati keindahan alam sementara menunggu waktu berbuka.
Kenangan di Menara Kuala Lumpur yang takkan huda lupakan . ( Sebab kali pertama ni hah naik Menara KL, hehe)
Sepanjang Buffet Ramadan di Menara Kuala Lumpur ini juga korang akan dihiburkan oleh kumpulan muzik dari Menara Kuala Lumpur - 'The Sky'
Amacam, memang terbaik kan Buffet Ramadhan ' Iftar disyukuri, Ramadan diberkati' di Menara Kuala Lumpur ni?
Jom bawa orang tersayang, ahli keluarga dan rakan-rakan untuk berbuka puasa di Menara Kuala Lumpur.
Untuk tempahan hubungi : -
☎ 03- 20205444
💻 www.menarakl.com.my
21 Comments
Menu menu pun menarik belaka. Banyak pilihan lagi. Wajib rasa semua sebab ana tau makanan dekat sini memang sedap. Rugi tak rasa semua kan.
Harga yang ditawarkan pun not bad. Memang sesiapa yang pun patut cuba kalau nak kelainan dalam santapan kan. Terbaiklah!
Tapi tempat yg begitu memang high class. Panorama yg indah. Makan secara ekslusif! Best.
Pernah bwk anak2 ke sana. In shaa Allah nak gi lagi nanti. Bwk izzat plak.
Janji Kita