Januari yang terindah

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Syukur, di hari pertama di bulan pertama 2018.  Alhamdulillah, dah settle hantar Arif Haikal ke Tadika. Mood Arif Haikal pun happy, excited nak pergi sekolah. Syukur, urusan pagi ini dipermudahkan Allah. Semoga hari pertama di bulan Januari  dan hari-hari mendatang dipermudahkan Allah. Hari ini huda singkap satu memori yang menjadi Januari merupakan salah satu bulan terindah dalam diari hidup huda. 

Januari 2011. 


1.1.11. Cantik kan tarikh ni. Pada tarikh tersebut huda dan si dia mendaki bukit Broga seawal 5 pagi, semata-mata untuk menikmati keindahan matahari terbit. 
Kredit Gambar : Trip Advisor
Huda masih ingat lagi doa huda ketika di atas bukit Broga tujuh tahun lepas. 
Huda doa semoga Allah permudahkan dan percepatkan jodoh huda bersama si dia, lembutkan hati ibu bapa kami untuk restui percintaan kami (ketika itu sudah masuk tahun ke 5) dan semoga tahun ini juga ( 2011) huda upgrade status menjadi seorang isteri, suri hati si dia yang banyak membantu huda sepanjang 5 tahun dalam hidup. Si dia seorang yang huda paling percaya dan tempat huda luah segala duka lara dan kongsi kegembiraan. 
Satu sahaja doa yang huda fokus ketika di atas Bukit Broga, masa tu lepas subuh. Huda melihat luasnya langit dan begitu juga luasnya rezeki Allah untuk huda. Huda yakin doa ini, jika ia terbaik untuk huda, Allah pasti makbulkan. 
2.1.11. Si dia ajak keluar dinner di Nando's Chicken , Selera Putra.
Sepanjang dinner, nampak si dia gelisah seperti nak kongsikan sesuatu berita. Huda dah kenal sangat, sebab dah 5 tahun keluar bersama, dah faham sangat dengan sikap dan sifat si dia. Bila di tanya, si dia mengelak. Huda pun malas nak memaksa. Biarkan si dia. 
Lepas makan, si dia ajak jalan-jalan di tepi tasik.  Kami menikmati keindahan dan kedamaian angin malam dan kecantikan senibina masjid yang kelihatan dari tasik ini.
 
Tiba-tiba si dia, keluarkan sebentuk cincin, dan bermula la drama "lamaran pertama". Huda tidak mampu menahan airmata terharu, huda sebak dan bersyukur. Langsung tak jangka, secepat ini Allah makbulkan doa huda semalam..... 
Keesokan hari nya huda sampaikan berita kepada ibu huda di kampung, yang family si dia nak datang merisik dan terus bertunang 4 Februari 2011. Ibu huda setuju. 
Syukur...kami bertunang 4.2.11 dan kemudian 2.12.11 kami sah menjadi suami isteri. Alhamdulillah dengan izin Allah huda kini sudah upgrade status menjadi seorang isteri.


Januari 2012


Sekali lagi hadiah suprise dari Allah, Januari 2012, huda mengandung selepas sebulan mendirikan rumah tangga. Sekali lagi rezeki Allah itu datang tanpa kita duga dan sesungguhnya rezeki itu benar-benar rahsia Allah. Bagi wanita yang baru bergelar isteri, mesti susah nak bezakan tanda mengandung dengan period. Senarai tanda awal kehamilan yang dikongsikan di ibusyurga.blogspot.com sangat membantu. Alhamdulillah, kini Arif Haikal, anak pertama huda membesar dengan sihat dan bijak.

Januari 2014


Sekali lagi penghujung Januari 2014, huda mengandung anak kedua selepas huda berazam nak bagi adik kepada Arif Haikal, supaya dia tidak kesunyian. Alhamdulillah, rezeki huda , segala hajat terlaksana dengan izinNya.Alhamdulillah, walau banyak dugaan sepanjang mengandung anak kedua, segalanya dipermudahkan Allah. Kini Arif Hakim anak kedua dan anak bongsu huda membesar dengan sihat dan selalu mengembirakan kami dengan telatah comel dan kelakar. Sangat berbeza karakter dengan si abang. 
Sekian coretan Januari yang terindah dalam hidup huda. Apa doa huda untuk Januari 2018 ini? 
Doa semoga Allah ampunkan dosa dan permudahkan urusan hidup keluarga huda. Itu sahaja. Huda rasa hidup huda sudah cukup sempurna dengan suami dan dua anak lelaki yang perlukan perhatian. Huda perlu fokus kepada tugas hakiki huda sebagai seorang mama, isteri, dan pembantu peribadi untuk bisnes suami huda. 
Tahun silih berganti, nikmat hidup semakin banyak kita rasai, sedarkah kita langkah kita di dunia makin singkat...adakah hidup kita Allah berkati?
some_text

Post a Comment

4 Comments

Fatin Shahrizam said…
Seronoknyaa. Alhamdulillah bahagianya cerita kak huda. Semoga ianya berkekalan dunia dan akhirat :D
Lynda Che Lah said…
Indahnya Januari kan Huda..Semoga yang keindahan itu berterusan..
Huda Halid said…
InshaAllah, rezeki Allah datang sentiasa tepat pada waktunya.
Huda Halid said…
Akak pun seronok setiap kali datang Januari, segar dalam ingatan mulai saat 1.1.11, kemudian satu demi satu Allah hadiahkan kebahagiaan.