Jangan Minum Susu Unta, Elakkan dari terkena MERS-CoV!

Assalamualaikum. Semalam huda ada dengar berita tentang kes warga tempatan yang disahkan dijangkiti Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) sejurus pulang dari mengerjakan umrah bulan Disember lepas.

Huda ada baca kenyataan akhbar tentang kes ini, kalau korang nak baca juga boleh klik DISINI

Antara punca utama pesakit dijangkiti oleh MERS-CoV adalah bersentuhan dengan unta dan telah meminum susu unta mentah ketika lawatan ke ladang unta di Mekah. 

Jom kita sama- sama berkongsi infografik yang disediakan oleh KKM untuk makluman awam




Perhatian untuk mereka yang bakal mengerjakan umrah, pastikan anda JANGAN MINUM SUSU UNTA dan elakkan dari terkena MERS-CoV!

Realiti dan isu kesihatan global zaman 2018 makin mencabar! 

World Health Organizatin (WHO) memberitahu buat masa ini tahap penularan jangkitan tersebut secara keseluruhannya tidak diketahui dan tiada vaksin untuk memberi perlindungan terhadap jangkitan MERS-CoV dan tiada ubat khusus untuk merawatnya. Pihak WHO juga tidak mengeluarkan sebarang nasihat perjalanan (travel advisory) atau mengeluarkan sebarang larangan lawatan ke negara-negara yang terlibat.

Jadi, marilah kita semua mengambil langkah berhati-hati setiap kali travel. 

P/s : Haish, baru plan nak booking tiket flight, terus jadi takut nak travel dalam masa terdekat, terbayang airborne infectious diseases yang lagi mudah tersebar dalam aircraft cabin. Semoga Allah lindungi keluarga kita semua dari penyakit merbahaya. Amin...


some_text