Buat apa KBBA9 ke Halal Hab JAKIM?

Assalamualaikum. Selamat Pagi semua pembaca ceritahuda.com hari ini. 
Semalam huda bersama 10 rakan blogger dari KBBA 9 ( Kelab Blogger Ben Ashaari) telah membuat lawatan kerja ke Halal Hab JAKIM. 
Sebelum huda ke sini, ada yang bertanya, Buat apa KBBA9 ke Halal Hab JAKIM? 


Nak tahu jawapannya?

Kami semua di jemput oleh Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM iaitu Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee. Alhamdulillah, peranan blogger semakin diiktiraf oleh badan-badan NGO dan Kerajaan. Tahniah KBBA9, lawatan semalam merupakan langkah pertama dalam membentuk satu kolaborasi antara blogger KBBA9 dan Halal Hab JAKIM.

Kedatangan kami di alu-alukan dengan kata-kata semangat dari tuan pengarah tentang peranan blogger sebagai penyampai maklumat dan memberi manfaat betul dan mengelakkan fitnah tersebar.

ISU HALAL YANG TULAR



Kemudian kami semua mendengar penerangan tentang isu halal yang tular (viral) di media sosial yang di sampaikan oleh Luqman Nul Hakim Bin Samad, Penolong Pengarah, Seksyen Komunikasi Korporat (SKK) , Unit Media Bahagian Hub Halal ,JAKIM. Tular atau Viral isu halal sesuatu produk itu merupakan "sense of responsibility" yang komuniti sekarang lakukan, namun terlupa part yang penting sebelum sebar iaitu SEMAK dengan TELITI. Pihak JAKIM sentiasa memastikan isu-isu tular di selesaikan dalam tempoh 4 jam.

 Jika anda masih keliru sama ada isu halal yang tular itu benar atau tidak, boleh semak di sini >> PENJELASAN BERKENAAN ISU-ISU HALAL YANG TULAR (VIRAL) << 

Untuk makluman kita semua, terdapat 67 logo halal dari luar negara yang telah diiktiraf oleh JAKIM. Boleh semak di sini >> BADAN PENSIJILAN/LOGO HALAL LUAR NEGARA YANG DIIKTIRAF OLEH JAKIM << 

Bagaimana pula kalau premis yang ada logo HALAL tapi menghidangkan ARAK?? 

 Pihak JAKIM telah menegaskan, mereka tidak pernah mengeluarkan sijil halal kepada premis yang menjual arak. Rakyat Malaysia sudah di manipulasi oleh mereka-mereka yang telah menyalahgunakan sijil halal rumah sembelihan dengan mempamerkan sijil halal tersebut di premis perniagaan mereka. Jika korang ada terjumpa kedai yang jual arak tapi ada sijil halal, boleh buat aduan kepada pihak JAKIM yer. Pesan huda satu sahaja, jika sesuatu itu syubhah kita tinggalkan. Terdapat banyak produk dan restoran yang masih belum mendapatkan persijilan HALAL dari JAKIM, dan banyak juga produk dan restoran yang HALAL, jadi elakkan yang syubhah. Bagi huda jika huda tak yakin status halal , huda elakkan. 


STATUS HALAL 

Mencari makanan yang HALAL itu WAJIB.



Pensijilan HALAL dari JAKIM pula menunjukkan produk atau premis tersebut halal dan toiyiban ( Suci, Bersih, Selamat yang mengikut garis panduan halal yang standard).

Tahu tak? Di Malaysia hanya satu sahaja premis perniagaan yang dilabelkan TIDAK HALAL iaitu Naughty Nuri 


Perasan tak? Kewujudan isu tular berulang seperti Mc Donalds dan Sushi King. Korang jangan risau, JAKIM dah sahkan restoran ini halal.

" Tular Asyik Berulang , Minda Tak Berkembang" - Luqman Nul Hakim Bin Samad 


Pernah tak korang terfikir kenapa JAKIM tak keluarkan sijil HARAM?
Jawapannya, islam ini agama yang mendidik, bukan agama yang menghukum.


Dakwah dengan Halal. Dengan adanya halal ini, terdapat hikmah yang boleh membuka hati orang bukan islam untuk memeluk agama islam.


PROSES MENDAPATKAN SIJIL HALAL



Kemudian kami semua mendengar penerangan dari Mohd Fakarudin Masod, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Hab Halal JAKIM tentang bagaimana proses mendapatkan sijil halal dari JAKIM



Semestinya kena mengikut syarat-syarat seperti di atas.

Lama ke proses nak dapat sijil halal ini?
Permohonan baharu akan diproses dalam masa 15-30 hari selepas pembayaran dibuat.


Mahal ke nak dapatkan sijil halal ini?
RM200 untuk 2 tahun

Bagaimana nak mohon sijil halal?
Boleh membuat pendaftaran melalui E-halal


Tahu tak?

Kini lebih nak ketahui status halal sesuatu produk dengan menggunakan apps Smart Halal di android.

Banyak ilmu baru huda dapat dari lawatan KBBA9 ke Halal Hab JAKIM semalam. InshaAllah, lepas ini huda akan kongsikan info-info terbaru dari JAKIM untuk hebahan kepada masyarakat.
Jom kita semua dakwah dengan HALAL, dan kongsikan artikel ini untuk manfaat semua orang.





Ikuti media sosial Bahagian Hab Halal, JAKIM dan dapatkan pelbagai informasi berkenaan pensijilan dan isu-isu halal yang tepat dan terkini. 

Klik:-
🌸Badan Pensijilan/Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM:-
bit.ly/LogoHalalLuarNegara

🌸Penjelasan Kepada Isu-Isu Halal yang Tular:-
bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

🌸Info-info/Ilmu Halal Semasa:-
bit.ly/InfoIlmuHalalSemasa

🌸Words of Wisdom/Mutiara Kata:-
bit.ly/WordsOfWisdo

🌸Aktiviti Bahagian Hab Halal JAKIM:-
bit.ly/AktiviitiHabHalal

🌸Keratan Akhbar:-
bit.ly/KeratanAkhbarBHH

🌸Kenyataan Media:-
bit.ly/KenyataanMediaBHH

🌸FAQ Halal:-
bit.ly/FAQHalal

🌸Hebahan Semasa:-
bit.ly/HebahanSemasa

🌷Direktori Halal Malaysia:-
www.halal.gov.my

🌷FB Bahagian Hab Halal:-
bit.ly/FBHABHALAL


Topik-topik dan perbincangan berkaitan pensijilan dan isu-isu halal semasa yang disiarkan setiap hari Isnin tepat jam 6 petang hanya di TV1
▶http://myklik.rtm.gov.my/berkala-program/33299/53319


Ikuti kami di media sosial Facebook:-
▶FB MyHalal TV 1:-
http://bit.ly/MyHalalTV1

▶FB Bahagian Hab Halal, JAKIM:-
http://bit.ly/FBHABHALAL


www.halal.gov.my

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar
some_text

Post a Comment

6 Comments

Lynda Che Lah said…
Mmg kadang tu restoran gunakan sijil halal sembelihan je.TQ info huda
Izyan Balqis said…
bagus Jakim menjelaskan isu halal hab ni, sebab ramai hanya tahu tular tanpa usul periksa
Mieza S said…
semoga masyarakat tak cepat melatah setiap kali ada isu yang tular
Nina Mirza said…
Penting nya semak sebelum sebar kann....
Dah tahu pasni rujuk pada pihak Jakim dulu.
hanie said…
Harap lepas ni,rakyat malaysia lebih peka sebelum menyebarkan sesuatu isu viral.
Mohaz Sue said…
Good info. Lepas ni kalau kita dapat wasap pasal viral2 ni sebaiknya semak dulu sebelum terus sebar.