Lazada Online Revolution Blogger Contest.

Assalamualaikum, Happy Monday 😄

Permulaan minggu jom blogging perkara yang best-best supaya positive vibes mewarnai hari-hari mendatang. 

Hari ni huda nak sahut cabaran Lazada Online Revolution Blogger Contest.  << KLIK UNTUK JOIN >>


Lazada melancarkan contest untuk blogger ini sempena Online Revolution Sales (https://www.lazada.com.my/online-revolution/) yang berlangsung dari 11 November hingga 14 Disember 2017. 

Korang jangan lepaskan peluang keemasan ni tau, shopping sambil berjimat. 

Task pertama huda kena buat untuk join Lazada Online Revolution Blogger Contest adalah huda kena cek semula emel bukti pembelian pertama huda shopping online. 

Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience?

Produk pertama yang beli online dan semestinya beli dengan Lazada adalah handphone Asus Zenfone. Bukan untuk diri sendiri tau tapi nak bagi hadiah pada encik suami sempena birthday dia pada tahun 2014. 


Alhamdulillah, proses pembelian yang mudah dan sistematik, barang pun sampai tepat seperti yang di makluman kan. Cepat dan pantas, dan dapat free delivery lagi. Harga pun jauh lebih murah beli di kedai.

Pengalaman peribadi huda selepas terima handphone pertama yang huda beli secara online, buatkan huda percaya Lazada merupakan saluran yang betul untuk suri rumah sepenuh masa macam huda untuk shopping dan boleh bagi suprise pad encik suami. 

b. Which types of products would you prefer buying online? 

Sebenarnya huda rasa semua produk huda suka beli online. Macam-macam dah huda beli secara online seperti baju, barangan bayi, barangan elektronik dan barang-barang kelengkapan rumah. Asalkan shopping di saluran yang ada jaminan, so boleh shopping senang hati.

 c. What to you love about online shopping? 

Huda paling suka tentang online shopping ini adalah lebih bebas nak memilih. Mama dengan 2 hero yang aktif, memang kalau shopping tu tak menyempat nak survey ke apa, fikir nak kejar ke anak-anak jer. 

Jadi solusi terbaik untuk shopping dengan tenang adalah dengan shopping online. Boleh shopping sambil baring temankan anak tidur. Hati tenang nak pilih dan buat keputusan bijak untuk membeli.

Ruang dan masa untuk memilih produk yang terbaik dengan harga yang terbaik tiada batasan. 

Lagi satu, kos pengangkutan ( termasuk duit minyak, tol, parking) bila shopping di shopping mall bukannya murah zaman sekarang ni. Jadi dengan shopping online, huda boleh shopping hampir ke semua benda yang huda nak dengan mudah dan menjimatkan kos sampingan tadi. 

Memang bestkan shopping online ni?

Ada lagi benda yang best kalau shopping online ni tau, iaitu dapat extra diskaun! Dan huda juga selalu dapat free postage. Kalau ada kod voucher lagi la best, boleh jimat banyak. Guess what, huda pernah jimat ratusan ringgit tau dengan shopping online terutamanya dengan Lazada.

Memang berbaloi-baloi sangat shopping online ni. 

 d. Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales?

Seperti huda kongsikan awal-awal tadi, Lazada tengah buat jualan hebat iaitu  LAZADA ONLINE REVOLUTION : SHOP THE UNIVERSE yang sedang berlangsung sekarang hingga 14 Disember 2017 ini. 

Jadi huda pun tak nak lepaskan peluang keemasan untuk shopping juga. 
Huda nak beli handphone baru. Huda memang "kedekut" sikit bab beli handphone, nak feature best-best tapi budget dalam 500++ jer. Huda memang tak fikir branded ke apa, semua tu boleh timbulkan riak jer...  Yang penting RAM besar dan storage. Supaya tak lah tersangkut-sangkut tunggu loading apps. 

Huda pilih Xiaomi Redmi Note 4X. Jatuh cinta dengan features hebat tapi harga terlajak murah. 

  • 32GB internal storage
  • 3GB RAM
  • Android OS v6.0 Marshmallow
  • 13MP Rear Camera 5MP Front Camera (  wide f2.0 aperture for good low-light photos. Combine that with phase detection autofocus and 17 real-time filters; and  120fps slow motion function ) 
Zaman sekarang kena jadi pengguna bijak, selagi boleh jimat kita jimat kan? Bijak bezakan kemahuan dan keperluan =) 

So korang semua jangan lepaskan peluang keemasan shopping sambil jimat di >>  LAZADA ONLINE REVOLUTION<< dan doakan huda menang blogger contest ni. Terima kasih in advance yang sudi doakan huda tu, semoga Allah bukakan pintu rezeki lebih luas untuk korang semua. Amin!
some_text

Post a Comment

4 Comments

Izyan Balqis said…
handphone pun murah! best2! all the best huda!
Huda Halid said…
tq dear izyan, doakan la murah rezeki boleh handphone baru. =)
Unknown said…
Banyak juga barang yang beli kat lazada nih, nanti tengok ada masa tak nak join
Lynda Che Lah said…
Setakat ni byk idaman hati dah masuk wishlist. tinggal nak check out je lagi..hehe