Mudahnya simpan duit raya anak di Tabung Haji UTC

Alhamdulillah, selesai misi huda nak masukkan duit raya anak-anak ke Tabung Haji



Nasib baik ada Tabung haji di UTC di Paya Bunga Square, Kuala Terengganu.


Lokasi Tabung Haji di aras 1 ,  berhadapan dengan Seoul Garden.



Waktu Operasinya adalah:-

Sabtu - Khamis : 8.30 pagi hingga 9.30 malam
Jumaat : 8.30 pagi hingga 12.15 Petang
2.45 petang - 9.30 malam


Huda pergi malam khamis dalam pukul 8 malam. memang ramai sangat orang, semua pakat-pakat nak masukkan duit raya anak masing-masing. 
Bagus betul, sama-sama la kita menabung untuk anak-anak. 

Bila dah selesai misi masukkan duit raya anak-anak. Huda rasa lega sangat. 
Risau takut terguna, takut tersalah letak, takut hilang.

Sekarang dah selamat dalam akaun bank Tabung haji.



Huda tunjuk kat Arif buku bank ni, sama buku mama dan papa.

Bagitau dia, mama simpan duit arif, kumpul nak pergi haji. 

Dia angguk tanda faham. 

InshaAllah, setiap bulan papa akan saving juga untuk anak-anak. Semoga 5 angka saving dalam akaun kita semua, dan dapat kita semua tunaikan rukun islam ke lima dengan izinNya. 

Amin.


Post a Comment

1 Comments

Anonymous said…
Mantap