Kembara KBBA9 Ke Peladang Setiu Agro Resort - Part 2

Assalamualaikum. Hari ini huda nak cerita aktiviti hari pertama kami di Peladang Setiu Agro Resort.

Majoriti kami sampai ke sini, lewat petang dan geng KBBA yang travel dari KL pun agak letih, jadi aktiviti petang kami hanya free and easy. Huda enjoy jalan-jalan sambil ambil gambar sekitar resort.


Kami semua berkumpul untuk dinner bersama. Uniknya di sini kami semua menyeberang tasik menaiki rumah rakit, ala-ala gondola. 


 Kredit Fb : Saidila Abdul Rahman

Selepas dinner dan solat maghrib, kami semua bersua muka dengan En Sanusi , pengurus besar Peladang Setiu Agro Resort.





Kami semua di dedahkan tentang asal usul dan sejarah Peladang Setiu Agro Resort yang dulunya ladang kelapa sawit. sedikit demi sedikit Peladang Setiu Agro Resort berkembang dan projek terbaru akan datang taman tema bakal di bangunkan di sini. Memang menarik!


Aktiviti malam yang menarik di sini adalah night jungle-trekking. Huda memang awal-awal takut sangat nak masuk hutan tengah malam, kami semua masuk dalam hutan dalam jam 11 malam, dan keluar dalam pukul 12 lebih tengah malam. 




Lokasi night jungle trekking kami adalah Hutan Simpan Gunung Tebu yang terletak di daerah Besut. Kira lokasi resort ini sempadan dengan daerah Setiu dan Besut, Terengganu. Alhamdulillah, huda berjaya atasi rasa takut bila jalan berkumpulan dan fokus jangan fikir bukan-bukan. Beranikan diri bawa lilin dan suluh jalan yang gelap gelita, hanya cahaya bulan dan bintang menerangi langit. 





Cuma tak best bila pacat mula naik atas badan...dan dalam baju... Haish.. control diri supaya tak menjerit malam tu. 

Memang banyak pancat kecil-kecil, naik atas badan, lebih 10 ekor rasanya naik atas baju, dalam baju ada kot dalam 5 ekor. huhu..

Kenangan sungguh night jungle trekking di sini. 
Tak cuba tak tahu kan.., dah cuba rasa cukup lah sekali masuk hutan malam-malam ni.hehe..

A post shared by Azura Abu (@azuraxabu) on


Cantik kan gambar pacat yang photographer dari Amazing Terengganu ni ambil. < Jemput follow instagram @amazingterengganu >

Huda sebelum masuk hutan, pakai stokin dan masukkan seluar dalam stokin. Alhamdulillah, takde satu pacat pun kena kat kaki. Tapi masuk masuk baju. So korang korang nak masuk hutan nanti, tuck in baju yer. jangan bai ruang pacat akses badan korang. hehe..

Sekian aktiviti kami di hari pertama di Peladang Setiu Agro Resort. Jemput baca sambungan aktiviti kami di hari kedua di entry - Kembara KBBA9 Ke Peladang Setiu Agro Resort - Part 3

Post a Comment

2 Comments

Lynda Che Lah said…
Ala...bab pacat tu yg seram..
CIKZACOM said…
Bstnya, jeles kita tau, 6-12 bulan tak boleh berendam..