Suprise 5th Birthday Holiday Arif Haikal di Tok Aman Bali Beach Resort

Assalamualaikum semua, Selamat Pagi yang mendung di Kuala Terengganu hari ini.
Walau cuaca mendung, namun hati huda riang gembira
dan bersinar-sinar jer, sebab teruja nak kongsi pengalaman manis yang tercipta 2 hari lepas.

2 hari lepas huda dan suami setuju buat suprise 5th Birthday Holiday untuk Arif Haikal di Tok Aman Bali. Masa birthday dia 5 September lepas, huda dan suami agak sibuk dengan urusan bisnes, jadi sambil outstation jumpa client, bawa anak-anak holiday sekali.



Ini kali ketiga kami sekeluarga repeat holiday disini, sebab..... 

#1 - View dari balkoni yang cantik menghadap tasik. Dapat layan sunset yang cantik. Pagi-pagi pula dapat hirup udara segar. 


Bangun jer  tidur , Arif Haikal hirup udara segar di balkoni sambil tengok playground.




#2 - Ada Playroom untuk anak-anak bermain dengan gembira. Hotel Tok Aman Bali ini antara hotel favourite Arif Haikal sebab adanya playroom ni. Malam nak main sini, pagi pun nak main sini, selepas check out pun kena jugak masuk sini dulu. Layankan jer la, yang penting Arif Haikal happy.







#3 - Bilik yang luas, cantik dan bersih.

Sebelum check in, huda request birthday decoration. Sebelum buka pintu, huda suruh arif tutup mata, dan SUPRISE!!!





Balloons everywhere...





Terima kasih staff Tok Aman Bali yang gigih tiup belon sampai penuh bilik.



Bilik air di Tok Aman Bali Beach Resort ni pun best sebab ada tub dan shower





Kelengkapan toiletries.



#4- Pool yang luas dan bersih.
 Ada 3 bahagian. Ada swimming pool kanak-kanak, dewasa dan outdoor jacuzzi.




#5- Breakfast yang boleh tahan sedapnya. 









Dan sebenarnya banyak lagi tau yang menarik di Tok Aman bali antaranya :-

  • Exercise Room
  • Tok Aman Bali Spa
  • Cycling
  • Pedal Boat Rides
  • Fishing
  • Kayaking
  • Beach Volley Ball
  • Children Playground
  • Games Room & Mini Library
  • Herb & Butterfly Garden
  • Convenience Store
  • Physically Challenged Guests Facility
  • Paintball
  • 8-elements Obstacle Course
  • Water Ball
  • Buggy for Rental
Sebagai salah seorang Trip Advisor Reviewer, review huda tentang Tok Aman Bali ini antara banyak dapat helpful vote dari pembaca. 

Memang best holiday disini. Huda stay 2 hari 1 malam pun rasa tak cukup nak enjoy semua kemudahan yang disediakan disini. InshaAllah next time huda pasti holiday di sini lagi.

Huda rekemen sangat bagi sesiapa yang nak honeymoon ke, nak suprisekan birthday insan tersayang ke, nak buat family day pun boleh berkunjung ke Tok Aman Bali Beach Resort. 

Untuk maklumat lanjut boleh lawati
Website :  http://www.tokamanbali.com.my
Fb : Tok Aman Bali Beach Resort
Alamat :
Tok Aman Bali Beach Resort
Lot 6264(1), Pantai Bisikan Bayu, Semerak 16700, Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia

Coordinate: 5.865993, 102.512442
Tel: +609-691 8899
WhatsApps: +6 012-611 8311
Fax: +609-691 8890 / 691 8787
some_text

No comments:

Powered by Blogger.