Alhamdulillah, Pagi Selasa yang Indah! Bertambah indah bila dalam fikiran tengah plan nak holiday! Again?? Why not kan? Travel blogger kan, keje yer berjalan jer la, hehe.
Kali ini huda dan suami bersetuju untuk membuat peracangan percutian ke Johor Bahru. Siapa saja yang tak kenal Johor Bahru kan? Ia merupakan sebuah bandar yang semakin membangun pesat dan sering menjadi tumpuan pelancong untuk datang bercuti. Tambah lagi, ianya bersebelahan dengan Singapura, memang ramailah pelancong dari Singapura datang ke bandar ni.
Apa yang membuatkan bandar JB ni menjadi destinasi tumpuan percutian sekeluarga adalah dengan adanya Theme Park yang menarik seperti Legoland, Hello Kitty Town & The Little Big Club serta pusat membeli belah barangan berjenama seperti Johor Premium Outlets.
Anyways, sebelum nak bercuti perkara wajib yang perlu diambil kira adalah tempat penginapan. Tapi bagi huda, tempat penginapan di sini memang tiada masalah kerana kebanyakkan hotel-hotel di sini semuanya adalah tip top. Service terbaik punya dari penginapan hotel lima bintang hinggalah ke hotel bajet. Atau kalau nak lebih memudahkan kerja korang boleh cuba cari dan book Johor Bahru Hotel on Traveloka mengikut kesesuaian korang.
Pastikan juga korang pilih hotel yang berdekatan dengan tempat-tempat yang korang nak singgah ya contohnya seperti nak ke Legoland, Danga Bay, Masjid Sultan Abu Bakar, Galeri Glulam atau lain-lain lagi. Haaa, senang laa sikit nak rancang perjalanan nanti.
Disebabkan tak nak rosakkan mood percutian huda sekeluarga di JB nanti, huda try survey beberapa hotel yang menarik dan hotel yang menjadi pilihan hati adalah Thistle Hotel Johor Bahru yang terletak di pusat bandar dan berdekatan dengan pintu masuk Singapura. Ia merupakan sebuah Hotel Mewah 5 bintang dengan tawaran sebanyak 381 bilik dan di mana 125 bilik daripadanya terdiri daripada bilik yang eksekutif mewah dengan permandangan Selat Johor.
Wow! Serius huda teruja sangat!!. Lagi satu, tempat ni juga terletak dalam area business dan city centre. So, ianya bukan saja sesuai untuk percutian bersama keluarga atau berbulan madu malah sesuai juga untuk mereka yang datang ke JB atas urusan perniagaan kerana berdekatan dengan lapangan golf.
Bila dah jumpa hotel yang perfect, sekarang masa untuk fikir ke mana tempat menarik yang nak dikunjungi nanti. Ikutkan terdapat banyak saja tempat-tempat yang menarik di sekitar bandar JB ni tapi mana mungkin dapat pergi kesemuanya kan kalau cuti pun sekejap saja. So, kalau korang plan nak lepak kat tepi pantai sambil menikmati ketenangan suasana di sana bolehlah ke Pantai Desaru di mana ia merupakan salah satu pantai yang terbaik di Johor.
Bagi korang yang jenis kaki shopping, tempat wajib yang korang kena singgah adalah Johor Premium Outlet (JPO), City Square atau Komtar JBCC. Pastikan korang bawa duit lebih ya tapi kalau nak amalkan tips berjimat, buat-buatlah tertinggal duit tu dekat bilik hotel. Hihi.
Selain daripada taman tema, korang yang datang bercuti dengan anak-anak tu boleh juga berkunjung ke Zoo Johor yang terletak tak jauh pun dari pusat bandar. Lebih-lebih lagi jika korang plan nak stay dekat hotel Thistle macam aku sebab jaraknya daripada tempat penginapan ni tersangatlah dekat. Hanya lebih kurang 1 kilometer saja. Terdapat pelbagai spesis binatang yang boleh dilihat secara langsung di sini seperti burung, gajah, kuda, harimau, unta dan banyak lagi.
Selain itu, bagi korang yang gemar dengan seni lukis boleh juga singgah ke Galeri Seni Johor.
Terdapat pelbagai koleksi lukisan anak Johor dan juga pelukis-pelukis negara tersimpan di galeri ini. Mungkin boleh juga dijadikan sebagai bahan rujukan buat korang.
Part paling best bila bercuti adalah mencari tempat makan yang sedap dan menarik!
Almaklumlah, bila dah datang bercuti ke tempat orang, mesti kita nak cuba menikmati makanan setempat yang menarik kan. Johor memang mempunyai pelbagai jenis aneka makanan yang terkenal dari masakan tempatan hinggalah ke masakan antarabangsa. Complete semua!
Sup tulang ZZ, MS nasi beriani, Mee Rebus Haji Wahid, Anjung Senibong Seafood, Medan Seafood Lotun Van, Kacang Pool Haji dan Restoran Singgah Selalu merupakan antara tempat makan yang mesti kena singgah dan cuba. Kalau tak memang rugi besar! So, apa yang korang kena buat sekarang ialah rancanglah percutian dengan bijak dan jangan lupa untuk book Johor Bahru Hotel on Traveloka bagi memudahkan pencarian korang ya. ( Psstttt... sekarang tengah ada promosi tau, ekslusif di Apps Traveloka sehingga 23 September, memang terbaik untuk jimat percutian sempena Awal Muharam hujung minggu ini)
Doakan perancangan percutian di Johor Bahru huda ini dipermudahkan dan dimurahkan rezeki sepanjang perjalanan, Amin..
Ok, untuk korang juga selamat bercuti yer! Ingat CUTI, ingat TRAVELOKA!

Kemudian selepas penat berjalan bersama anak-anak di Zoo Johor, boleh rehat dan solat di Masjid Abu Bakar Johor Bahru yang bertentangan dengan Zoo Johor.
Selain itu, bagi korang yang gemar dengan seni lukis boleh juga singgah ke Galeri Seni Johor.
Terdapat pelbagai koleksi lukisan anak Johor dan juga pelukis-pelukis negara tersimpan di galeri ini. Mungkin boleh juga dijadikan sebagai bahan rujukan buat korang.
Part paling best bila bercuti adalah mencari tempat makan yang sedap dan menarik!
Almaklumlah, bila dah datang bercuti ke tempat orang, mesti kita nak cuba menikmati makanan setempat yang menarik kan. Johor memang mempunyai pelbagai jenis aneka makanan yang terkenal dari masakan tempatan hinggalah ke masakan antarabangsa. Complete semua!
Sup tulang ZZ, MS nasi beriani, Mee Rebus Haji Wahid, Anjung Senibong Seafood, Medan Seafood Lotun Van, Kacang Pool Haji dan Restoran Singgah Selalu merupakan antara tempat makan yang mesti kena singgah dan cuba. Kalau tak memang rugi besar! So, apa yang korang kena buat sekarang ialah rancanglah percutian dengan bijak dan jangan lupa untuk book Johor Bahru Hotel on Traveloka bagi memudahkan pencarian korang ya. ( Psstttt... sekarang tengah ada promosi tau, ekslusif di Apps Traveloka sehingga 23 September, memang terbaik untuk jimat percutian sempena Awal Muharam hujung minggu ini)
Doakan perancangan percutian di Johor Bahru huda ini dipermudahkan dan dimurahkan rezeki sepanjang perjalanan, Amin..
Ok, untuk korang juga selamat bercuti yer! Ingat CUTI, ingat TRAVELOKA!

13 Comments
https://www.duaposen.com/tempat-menarik-di-johor/