Bulan Ogos ni, Huda memang target nak belikan diri sendiri tudung baru as birthday present. So ini lah tudung pilihan hati huda, shawl jenama SofeaRose. Shawl yang huda pakai ni limited edition tau, SofeaRose X Maya Karin : Srikandi Tun Fatimah. Amacam, cun tak design shawl yang huda pakai ni?
Dapatkan Koleksi SofeaRoseXMayaKarin : Srikandi Tun Fatimah & Maya Karin - Dua Zaman, Satu Jiwa
Jika ditanya pada anak kecil pada hari ini, siapa tokoh tanah melayu yang diminati, pastinya disebut Mat Kilau. Itulah impak perfileman tempatan yang mengangkat jasa tokoh terdahulu. Namun,Tanah Melayu bukan sahaja kaya dengan jiwa kepahlawanan dari kalangan lelaki, tetapi para wanita juga ada wakil yang tersendiri. Antaranya, seorang puteri yang mempunyai sosok berkarisma dengan ilmu pertahanan diri penuh di dada dan bijak dari aspek kempimpinan, beliau adalah Tun Fatimah.
wanita ini setaraf dengan pahlawan lelaki, menjadi penyumbang idea kolaborasi SofeaRose x Maya Karin : Srikandi Tun Fatimah.
.jpg)
Maya Karin sesuai dengan sosok Tun Fatimah
“Adalah mudah untuk lari dari tanggungjawab dalam memperjuangkan warisan dan peninggalan tokoh negara kita, tetapi saya rasa adalah lebih baik dan lebih mulia jika kita dapat cari semangat untuk mempertahankan dan menghidupkan kisah-kisah perwira tanahair ini selama mungkin.” Maya Karin.
4 Koleksi SofeaRoseXMayaKarin : Srikandi Tun Fatimah
Keris, corak batik, kipas tangan, dan lakaran abstrak menjadi taruhan koleksi Srikandi Tun Fatimah untuk menghidupkan jiwa kepahlawanan melayu tetapi dalam masa yang sama menampakkan keanggunannya dalam setiap rekaan.1) Durra Seroja
2) Laneeya Mestika
3) Carissa Magika
4) Srikandi Sulam
Hampir 10 tahun dipasaran, SofeaRose tidak pernah berkompromi soal qualiti. Ini menjadikan SofeaRose cukup dikenali sebagai pengeluar hijab yang memperkenalkan bahan Premium Satin Silk terawal dalam industri.
“Kami dengan rasa teruja ingin mengimbau kembali nama tokoh unggul, Tun Fatimah pada bibir-bibir pewaris tanah melayu bagi menghargai jasa Tun Fatimah yang amat berani mempertahankan Melaka dari serangan Portugis pada suatu masa dahulu. Kami berharap lebih ramai pihak akan mengambil bahagian dalam mengekspresikan kisah tokoh-tokoh terdahulu.” kata Farrah Aina, Pengarah Kreatif SofeaRose.
Instagram : www.instagram.com/sofearose_hq
Tik Tok : www.tiktok.com/@sofearose_hq
Twitter : www.twitter.com/sofearose_hq
Website : www.sofearose.com
0 Comments