VIT’S BERSAMA SUKARELAWAN TURUN PADANG BANTU MANGSA BANJIR


 

Bencana alam seperti banjir besar yang melanda beberapa negeri sehingga meragut hampir 50 nyawa, mengakhiri 2021 yang turut menyaksikan rakyat bersatu hati serta bangkit untuk saling membantu terhadap keluarga mangsa banjir. Kesannya ibarat dilanda Tsunami, puluhan ribu mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dan ribuan keluarga hilang tempat tinggal apabila rumah mereka
dihanyutkan arus deras, manakala ribuan kenderaan pula terdampar serta musnah selepas ditenggelami banjir.


Pada 19 Disember 2021, Vit’s sebuah syarikat pengilar mi segera yang telah bertapak di Malaysia sejak 46 tahun yang lalu telah memberi bantuan hampir ke semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi mangsa banjir di Shah Alam dan Klang. Berikutan bencana banjir yang membadai hampir keseluruhan Lembah Klang dan Mentakab, Temerloh bermula 18/12/21, Vit's telah melancarkan satu program Bantuan Bencana Alam Mangsa Banjir di Mentakab Pahang kolaborasi dengan SME Association Malaysia dan kerjasama dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDCORP) HRDCORP
CARE pada 27 dan 29 Disember 2021 yang lalu.






Pada 27 dan 29 Disember 2021, Vit’s berjaya mengumpulkan sejumlah 80 orang sukarelawan yang bersama-sama turun padang membantu mangsa banjir di Mentakab, Pahang. Vit’s tidak menyangka rakyat Malaysia amat prihatin terhadap mereka yang terkesan oleh bencana banjir ini walaupun dalam tempoh masa yang singkat.



“Saya betul-betul tak sangka, sukarelawan ini semua sanggup turun padang walaupun ada yang datang dari negeri lain dan berlainan umur, bangsa bersama-sama bersemangat membantu mangsa banjir. Ini kali pertama saya melihat semua sukarelawan berganding bahu membantu dan saya amat kagum” kata Encik YT Lai selaku Pengarah Urusan VIT’S


VITS juga telah menderma sejumlah 50 000 peket mee segera untuk meringankan beban mangsa banjir di Selangor dan Pahang serta amat berharap agar mangsa semua tabah dalam dugaan ini.


Post a Comment

0 Comments