Advertisement

Sedap ke Dimsum di Kedai ECO RM2 ?


Sedap ke Dimsum di Kedai ECO RM2 ? | Minggu lepas, huda pergi kedai ECO , niat nak beli tisu jer. Tapi biasa lah lebih RM 50 gak habis..ish.ish. Tu orang kata kedai ECO RM2 ni memang berhantu kan? Korang tengok tak iklan kedai eco berhantu, serius lawak. haha... Okay, minggu lepas secara tak sengaja juga, dah nak balik dah, encik suami beratur, huda pulak tergerak pulak kaki ni pergi jengah apa dalam peti sejuk beku. Alamak, ada dimsum. Ish, dah la memang pengemar tegar dimsum. Tanpa berfikir terus amik semua jenis yang ada! 

Sedap ke Dimsum di Kedai ECO RM2 ?



Lepas beli baru terfikir...  Berbaloi ke aku beli ni dan mula lah gerak hati berbisik... 

Sedap ke Dimsum di Kedai ECO RM2 ?

Semalam baru huda rajin nak masak dimsum yang dibeli last week dan buat sekali dumpling. Kulit dumpling pun huda beli sekali dengan dimsum di kedai ECO .

Cara masak dimsum ni mudah jer, hanya perlu kukus selama 10 minit. Direct keluar dari freezer pun boleh terus kukus, tak payah tunggu defrost pun. 




Sambil-sambil tu, huda dan suami buat  dumpling. Isi dumpling buat sendiri, ikut resipi kat Google. 

Buat dua versi, dumpling kukus dan goreng. Tak buat sup sebab tak rasa nak makan sup.. 





Pencicah pun tak buat, just guna sos cili campur dengan sambal cili api stok kat dalam peti sejuk. Nampak kan malas , nak cepat jer..hihi..

Okay, siap semua masak, masa untuk makan! 

Fuh.... 

SEDAP lah! Arif pun banyak dia makan. Laju jer pulak tu. hehe

Lepas rasa semua jenis, huda paling suka yang blackpepper. Lagi kick rasa dia. 
Kulit dumpling pun okay, nak buat dumpling sekarang mudah sangat. Rasa kulit dia pun sedap. Encik suami prefer di goreng, sebab rasa crispy. 

Serius sedap dan huda pasti akan borong lebih banyak lepas ni di kedai ECO. 
So kalau korang memang pengemar dimsum, boleh la try. Jimat banyak kot banding makan kat restoren. Teringat tahun lepas , time huda bercuti di  Ipoh, Perak, singgah makan dimsum di Greentown Dimsum Cafe  yang femes tu, agak banyak gak la duit melayang. hihi. 

Sekian perkongsian tentang Dimsum kedai ECO RM 2. Petang ni nak pergi beli lagi... 

P/s : Dah try ke beli barang kedai ECO di Shopee?  Orang kata lagi syok shopping online ni.. huda ikut mood.. kalau mood rajin berjalan, syok pergi ke kedai jer. 

Post a Comment

12 Comments

  1. Ai sejenis tak makan dim sum. Susah betul nak merentas kat tekak. Tapi tengok husband makan, berselera betul.

    ReplyDelete
  2. WAaahhh... kedai saka tu pun ada jual dimsum ni? nampak macam sedaapp je haa...

    ReplyDelete
  3. Fuhhh untung betul ada cawangan Eco camni. Kat KL masih bahan kering aje. Kalau ada frozen food ni, mau kosong chest freezer. Hahaha

    ReplyDelete
  4. Dim sum dan dumpling dua dua sis suka. Wahhh tak tahu pun kedai eco pun jual dim sum. Dumpling kukus dan goreng pun sis suka jugak. Pendek kata dim sum dan dumpling tu feveret.

    ReplyDelete
  5. Menarik! Nak buat sendiri sis pun malas. Hehe. Takot tak jadi. Kita nak carilah kedai Eco weekend ni.

    ReplyDelete
  6. baru je balik kedai eco. memang berhantu lah eco ni haha. baru tau eco ada kat shopee

    ReplyDelete
  7. Wahhh, seriously ECO dah ada product dimsum? Menarik ni.. tak sure ECO kat area rumah ni ada tak.. nak pergi check la.. and baru skrg taw yang ECO pun ada kat Shopee now.. (Y) terbaik ahh..

    ReplyDelete
  8. Ada dah eh dimsum kat kedai eco. Suka makan dimsum. Nanti bolehlah cuba

    ReplyDelete
  9. so far saya tak pernah jumpa lagi dimsum kat kedai eco ni. harap cepat masuk di cawangan kota bharu

    ReplyDelete
  10. Yaa area rumah Sis pun ada gak, dan dah cuba juga.. tak kisah lee sedap ke tak sedap, janji harganya tu snagat ookay.. takat nak makans endiri okay snagat kann

    ReplyDelete
  11. kedai 2 ringgit nie cuba cerita apa yang tak jual ? silap2 haribulan semua benda boleh didapati dekat dalamtu. hebat. xcuba lagi nanti boleh cari

    ReplyDelete
  12. sedapnyaa. my fav dimsum tuu. nnti boleh cuba beli kt sana.
    insurance malaysia
    medical card malaysia
    medical insurance malaysia

    ReplyDelete