BERITA BAIK UNTUK KAKI WAYANG JUN INI - DAPATKAN JACK ‘N JILL CALBEE DAN MENANG TIKET KE USS!


BERITA BAIK UNTUK KAKI WAYANG JUN INI - DAPATKAN JACK ‘N JILL CALBEE DAN MENANG TIKET KE USS! | Hye Semua! Dah masuk bulan Jun hari ni, dah masuk setengah tahun dah kan! Cepat sungguh masa berlalu. Bulan Jun ni, banyak movie baru yang huda excited nak tengok, Huda memang kaki wayang! Berita baik untuk korang yang kaki wayang macam huda, jom kita sama-sama dapatkan snek kentang baru Jack ‘n Jill Calbee kini bukan sahaja menawarkan para peminat snek peluang untuk merasai keenakan kerepek kentang tahap luarbiasa malahan peluang menikmati pengalaman menonton filem yang esklusif. Pada bulan Jun ini, Jack ‘n Jill Calbee bakal memikat hati setiap kaki wayang dengan hadiah-hadiah peraduan yang diilhamkan daripada tayangan filem, berserta promosi jualan di pasar raya dan tayangan perdana eksklusif pada awal Julai nanti.

Pelancaran Jack‘n Jill Calbee di Malaysia bulan Januari lalu merupakan hasil usahasama di antara URC Snack Foods Malaysia yang terkenal dengan jenama "Jack ‘n Jill",dan "Calbee"yang merupakan pengeluar rangkaian kerepek kentang terkemuka di Jepun. 

Sejak dilancarkan,keluaran tiga variasi perisa terbaru Jack ‘n Jill Calbee iaitu Classic Salted, Smokey BBQ dan Flamin’ Chilli telah mendapatkan sambutan yang menggalakkan dari peminat snek. 








Emmanuel B. Puno, SVP URC Indonesia, Malaysia dan Singapura berkata "2019 dijangka menjadi tahun untuk filem‘blockbuster’.Memandangkan para penonton wayang dan video sentiasa menginginkan snek berkualiti serta enak dimakan, kami berharap Jack ‘n Jill Calbee akan menjadi pilihan utama snek yang dinikmati ketika menonton filem kegemaran mereka.”





Jack ‘n Jill Calbee akan memberikan tiket TGV Beanie kepada 200 pemenang bertuah bagi menikmati pengalaman eksklusif sewaktu menonton filem, serta Hadiah Utama yang merupakan pakej percutian ke Universal Studio Singapura untuk 2 orang. Untuk menyertai peraduan ini dan berpeluang memenangi hadiah tersebut, peminat snek kentang hanya perlu membeli Jack ‘n Jill Calbee bernilai RM 8 dan tag nama seorang rakan baik dibahagian komen Facebook peraduan Jack ‘n Jill Calbee.



Pada awal Julai nanti, Jack 'n Jill Calbee juga akan menganjurkan“Movie Premiere Night” dengan tayangan eksklusif filem adiwiradi IMAX TGV One Utama, dimana penggemar snek kentang yang dijemput akan menikmati sesi menonton wayang yang mengagumkan. Bagi menebus tiket ke “Movie Premiere Night” Jack ‘n Jill Calbee, peminat snek boleh mengunjungi lokasi promosi Jack ‘n Jill Calbee di pasaraya Aeon sekitar Lembah Klang yang terpilih.


Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut,sila rujuk di talian yang tertera dibawah, atau layari 

Post a Comment

0 Comments