Berbaloi ke bawa anak ke Kiddomo Discovery Johor Bahru ?



Pada hujung minggu lepas Huda dan keluarga luangkan masa teroka tarikan terbaru di Johor Bahru iaitu Kiddomo Discovery. Kebetulan huda balik kampung Johor , jadi singgah ke sini dan rasai sendiri best ke "future playland" dari Jepun ni??? Berbaloi ke bawa anak-anak datang ke sini. Bertuah betul jadi orang Johor ni macam-macam ada, beberapa bulan lepas Huda bercuti ke Legoland, kali ni ke Kiddomo Discovery pula.. Sungguh tak sangka banyak kali pula ke JB tahun 2019 ni.. Okay jom baca pengalaman dan review dari Huda tentang Kiddomo Discovery ini.



Kiddomo Discovery Johor Bahru


Latar Belakang Kiddomo Discovery Johor Bahru 

Majlis Soft Launching Kiddomo Discovery telah diadakan pada 25 Mei 2019 lepas yang turut disertai oleh Juara MasterChef terkenal tanah air iaitu MasterChef Dato Fazley Yaakob .Kiddomo Discovery Johor Bahru merupakan outlet kedua yang dibuka selepas Kiddomo Universe Petaling Jaya. Kiddomo merupakan 'Innovative Playland' yang berassal dari Jepun. Ia direka khas untuk kanak-kanak mempelajari dan merangsang daya imaginasi kanak-kanak.


Lokasi Kiddomo Discovery Johor Bahru


Kiddomo Discovery ini terletak di aras satu R&F Mall. Mall ni pun baru jer buka beberapa bulan lepas, jadi semuanya baru di sini.
(p/s : sediakan duit sebab parking kat sini mahal, hari tu tak sangka kena bayar RM 9 untuk parking selama 3 ke 4 jam ) 

Lokasi Kiddomo Discovery Johor Bahru ini memang strategik sebab boleh dikunjungi oleh tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. Ini kerana perjalanan dari Singapura, Batam dan Tanjung Pinang yang tidak sampai pun satu jam untuk sampai ke sini. Memang menarik kan? Masa huda pergi haritu pun mostly yang orang Singapore yang berkunjung ke sini.

Polisi yang Wajib Tahu Sebelum Datang ke Kiddomo Discovery Johor Bahru 







Silap huda tak baca polisi sebelum datang sini, tak bawa stokin sendiri. Di sini ada jual stokin RM 5 sepasang. Sebab huda nak jimat dari kena bayar RM 20 untuk stokin sahaja, huda pergi cari di kedai MR DIY yang terletak di aras 2 di R&F Mall. So korang kalau nak datang sini, jangan lupa bawa stokin okay!! Kena la jimat sebab harga tiket untuk satu family dah mencecah $$$.

Harga Tiket Kiddomo Discovery Johor Bahru



Sebelum masuk dan bermain di Kiddomo Discovery ni, boleh la simpan beg dan kasut di locker yang di sedia. Anak-anak sebelum masuk pun akan di periksa suhu badan. Kalau demam memang tak dibenarkan masuk.


Berbaloi ke bawa anak ke Kiddomo Discovery Johor Bahru ?


Selepas luangkan masa hampir 3 jam di sini, huda boleh katakan pengalaman bawa anak-anak bermain di Kiddomo Discovery Johor Bahru memang sangat sangat berbaloi sebab:-

  •  Kiddomo Innovation Centre telah mendapat anugerah BEST CHILDREN'S EDUCATIONAL PLAYLAND 2017/2018









  •  Terdapat 11 stesen permainan yang kreatif dan inovatif  untuk merangsang daya kreativiti dan imaginasi anak-anak




  • Sangat Selesa untuk anak dan parent kerana ada sudut khas yang disediakan supaya anak dapat berehat sambil menonton kartun di TV , dan parent juga boleh charge phone di sini. Bagus kan? 
  •  
  • Mesra bayi  kerana terdapat permainan khas untuk baby iaitu sudut Baby Gym. Selain itu bayi yeng berumur bawah dua tahun masuk PERCUMA! 



  • Imaginasi tanpa batasan di mana  anak- anak berpeluang melihat hasil kreativiti  mereka menjadi permainan 3D dan lihat di skrin besar. Memang sangat teruja kami satu keluarga!

    Jom tonton video pengalaman kami sekeluarga terokai Kiddomo Discovery



Alhamdulillah, huda happy dapat spend quality time dengan The Arifs sempena cuti sekolah pertengahan tahun 2019 di Kiddomo Discovery Johor Bahru. Jom bawa anak-anak korang datang ke sini. Untuk maklumat lanjut boleh layari website dan ikuti sosial media Kiddomo Innovation Centre.

Facebook : KIDDOMO DISCOVERY
Instagram : KIDDOMO INNOVATION CENTRE
Website :  kiddomo.com

Telefon : +6019-700 0957
Email : enquiry@kiddomo.com

Post a Comment

7 Comments

SalinaJohari said…
Teruja pulak nak bawak anak datang sini .. macam² boleh explore..terbaik !!
Papa Amyzal said…
Bukan setakat anak-anak je seronok, mak bapak dia pun sama. Kekadang tu over dari anak-anak
Lisa Nurulain said…
bestnyaa nk join gak laa
Dr Yingzangel said…
That looks like a great play land for children! Next visit to Johor we will stop by
mas saari said…
Menariknya, nanti ada rezeki nak jugak bawak anak² ke sini.
Ai said…
Menariknya.. hilang terus kak huda dalam bola-bola tu.