Rezeki dan Ujian 1 Ramadan 1440 H

Setiap kali Ramadan,sepanjang Huda hidup puluhan tahun ni, pasti ada ketika nikmat rezeki tak terduga datang dan juga ada ujian datang menerpa. Keduanya, nikmat dan ujian tanda Allah sayang pada hambaNya. Alhamdulillah.. Hari ini 1 Ramadan 1440H, Allah datangkan nikmat dan ujian untuk Huda. Syukur... 

Semalam konon nak tidur awal sebab nak bangun 4 pagi untuk bersahur. Tapi biasalah, dok skroll2 media sosial lagi, tengok jam dah pukul 11.30 pm. Sebelum off wifi, pukul 11.30 pm semalam, tiba2 tergerak hati nak cek duit dalam akaun. Padahal tahu jer, tiada sebarang emel atau mesej whatsapp payment job akan masuk. Just cek tanpa sengaja.. Tak mengharap sekelumit pun ada duit masuk.

Tapi ada RMXXX deposit dari satu company yang huda sendiri tak tahu untuk job blog yang mana. Cek emel dan mesej memang tiada sebarang info pasal payment akan masuk. Yer la semalam kan ahad, hari minggu kan? Pelik tapi itu lah magik yer rezeki dari Allah.

Syukur rezeki Ramadan yang pertama. Terus niat nak belanja family berbuka hari ni dengan makanan sedap-sedap beli kat bazaar petang nanti. Selain itu sponsor duit minyak kereta seminggu ni. duit minyak untuk ke masjid solat terawih. Yer la, asyik suami jer kena keluar duit, sekali sekala bila dapat ringankan beban kewangan suami kan seronok. Huda memang langsung tak berkira dengan suami dan anak-anak.

Itu cerita rezeki nikmat 1 Ramadan 1440H, so apa ujian "hebat" Allah bagi di awal pagi hari  ni?

Pukul 4.20 am, masak nasi untuk bersahur. Lepas tu, tinggal setengah jam, pergi solat tahajud. Pukul Pukul 4.55 am  baru masuk ke dapur untuk masak lauk ringkas ikan bilis dan telur kicap jer.

konon nak ceduk nasi awal2 sikit, takut panas sangat nak makan nanti. Aduhai, nasi yer separuh masak jer.. berair lagi. Cek2 periuk nasi dah rosak. Allahu Akbar.. Terus masak guna api dapur jer. Tawakal jer la, harap dalam masa 5-10 minit sempat la nasi ni masak.

Pukul 5.05 am nasi macam dah boleh makan,walau macam tak masak sempurna sangat. Xpelah, ini rezeki huda dan suami pagi ni. Kami makan dengan berselera yer. Syukur selesai bersahur dengan kenyangnya.

Huda tersenyum bila fikir kekalutan pagi tadi, dan juga bersyukur. Setiap ujian kan kasih sayang Allah. Malam semalam Allah dah bagi rezeki lebih, supaya boleh gunakan beli periuk nasi baru..hehe...

Plan nak beli kat Shopee jer , sebab ada baucer, boleh la beli sambil berjimat! 

2 comments:

  1. Selamat berpuasa huda sekeluarga. kalut juga kan nak sahur periuk rosak. Alhamdulillah, dapat rezeki beli periuk baru.

    ReplyDelete
  2. Selamat menyambut Ramadahan dan berpuasa..Alhamdulillah dapat rezeki awal Ramadhan.

    ReplyDelete