Tabung SSPN-i Plus Untuk The Arifs

Alhamdulillah. Satu ceklist tahun ni tercapai iaitu buat akaun SSPN-i Plus untuk anak-anak huda.


Kos melanjutkan pelajaran makin tinggi kan zaman sekarang. Tak tahu 12 tahun akan datang, berapa entah kos nak daftar Arif masuk universiti ( dalam hati mama selalu doakan Arif dapat tajaan dari Yayasan Terengganu).



Sebagai ibu bapa, menabung untuk masa depan anak-anak adalah satu tanggungjawab dan kewajipan. Huda tak nak anak-anak susah, dan terpaksa ikat perut bila belajar jauh dari rumah nanti.



Salah satu usaha huda dalam menabung untuk keperluan akademik mereka di masa hadapan adalah melalui SSPN-i Plus. Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan huda nak buat akaun SSPN-i Plus untuk The Arifs ketika di Karnival Upin Ipin pada bulan lepas. Siap dapat free tabung SSPN-i Plus yang canggih ni, masukkan duit jer berbunyi " Thank You". Memang makin semangat la diorang nak menabung sambil bermain. 

SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif.

SSPN-i Plus menggunapakai konsep simpanan secara komitmen bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.

Jom huda kongsikan antara kelebihan membuka akaun SSPN ini
  1. Patuh syariah.
  2. Pelepasan taksiran cukai pendapatan keatas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM12,000.00 setahun.
  3. Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.
  4. Manfaat bagi Kematian/ Ilat kekal( kemalangan) sehingga RM 1 000 000.00.
  5. Tiada pemeriksaan kesihatan.
  6. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
  7. Khairat kematian termasuk pasangan dan 3 orang anak.
  8. Layak memohon pembiayaan pendidikan.
  9. Simpanan dijamin oleh Kerajaan.

Doa huda, bila tiba waktu The Arifs nak lanjutkan pelajaran, mereka dapat belajar ke mana sahaja mereka mahu, tanpa perlu pening fikirkan kos pembelajaran. InshaAllah hasil tabungan khas untuk akademik ini mencukupi untuk mereka. Semoga Allah murahkan rezeki yang berkat untuk kami dalam memastikan keperluan anak-anak semua terlaksana. Jom menyimpan untuk masa depan yang lebih terjamin.
 some_text

Post a Comment

16 Comments

Alhamdulillah.. Bagus Huda dan suami dah sediakan plan pelajaran anak2 awal2..
azlina ina said…
moga dipermudahkan urusan huda menabung demi anak2..
athirahassin said…
Nti nk kena stdy psl sspni ni juga.. belum bt lg
Izyan Balqis said…
Simpanan untuk anak. Bgus untuk masa depan.

Comel btul tabung tu.
Eyqa Hasnan said…
Zaman sekarang SSPN-i plus masa kecik macam nie buka. Eyqa nak sambung belajar baru buka tabung tu
Mohaz Sue said…
Bagus ajar anak-anak menabung dari kecil ni.
Yaya Mohd said…
bole try suggest kt kakak yaya ni..xtau la dia ada apply utk ankk dia ke x..
Puan Za Mohmad said…
Insha allah! terima kasih atas perkongsian yang berguna ni.
Sofinah Lamudin said…
Tabung SSPN ni nak apply kat mana? pertama kali dengar.
Huda Halid said…
terima kasih, doakan anak-anak huda murah rezeki selalu
Huda Halid said…
buatlah nanti. murah jer komitment bulanan.
Huda Halid said…
memang comel, tapi sayang yer si adik ni dah rosakkan.
Huda Halid said…
zaman sekarang mudah, macam-macam kemudahan ada untuk persediaan anak-anak belajar kelak
Huda Halid said…
betul tu.. hope konsisten la semangat menabung diorang ni.
Huda Halid said…
suggest la, bagus untuk masa depan anak-anak
Huda Halid said…
huda apply masa karnival upin hari tu, rasanya boleh apply online juga