Cara Paling Mudah Letak Site Map di Blog


Assalamualaikum.

Hari ni huda nak kongsi satu lagi tips blogging yang huda dapat dengan belajar sendiri dengan Encik Google.

Sebenar yer huda lama sangat bertangguh buat Site Map ni, sebab fikir susah, leceh nak copy paste link blog satu-satu. Bila fikir leceh dan rumit jadi yer malas. 

Hari ni , sebab semangat terlebih nak upgrade blog jadi one of trusted Malaysian Blogger huda kemaskini blog jadi lebih teratur dan lebih visitor-friendly 

Alhamdulillah, syukur teramat sangat huda terjumpa satu kaedah atau Cara Paling Mudah Letak Site Map di Blog.

Nak tahu?

Boleh Klik >>> HOW TO CREATE SITE MAP <<

Dari link ni korang akan tau, betapa mudah yer nak buat Site Map di Blog!

Hanya perlu buat satu page dan copy html kod, tukar nama blog dah siap!

Nampak kemas dan tersusun sitemap ni sebab ikut alphabetical order. Huda suka sangat. 

Ubah setting di layout blog dan letak Site Map di bahagian Menu blog. 
SIAP!!

Ok, mesti ada yang tertanya-tanya 

PENTING ke ada Site Map di BLOG?

Jawapannya adalah PENTING SANGAT-SANGAT!

Tujuan utama mestikan untuk SEO( Search Engine Optimisation)

Dengan adanya Sitemap atau Peta Laman enjin pencari boleh mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang kandungan blog post atau entry blog yang telah kita hasilkan atau terbitkan.

Ini adalah salah satu komponen utama dalam SEO untuk blogger.

Ok sekian dulu perkongsian ilmu blogging dari huda malam ni. 

InshaAllah next time huda kongsi lagi. 




Post a Comment

1 Comments

Del Asyraf said…
thanks sis Huda..Del punya site map tiba2 hilang ni carik balik.. haha yang boleh guna