Tetley Tea - Teh Premium dari Britain kini ada di rumah huda!




Assalamualaikum, Selamat pagi Rabu yang cerah. Rutin setiap pagi mesti nak minum air panas kan? Huda lebih suka minum teh berbanding kopi, sebab teh kurang 50% kaffein berbanding kopi. 

Ok, hari ini huda nak kongsi tentang teh premium jenama antarabangsa yang sudah mula bertapak di Malaysia iaitu Tetley Malaysia. 

Background tentang Tetley 

- Britain's iconic leading tea brand

- Tetley is #2 in the world and has been around for 180 years since 1837. 

-Tetley now available in over 40 countries around the world. 

-Tetley brings a combination of expertise and rich British heritage.

- Tetley teas are perfectly combined with the best quality leaves comprising mainly of the upper young leaves & unopened buds of the Camellia sinensis plant.

Memang "wow" sangat bila huda tahu tentang asal usul Tetley ni. Rasa bertuah sangat dapat suprise box dari Tetley Malaysia. Teh premium dan import pasti harganya berkali ganda, namun pasti berbaloi dengan rasa teh yang terbaik dan berkualiti tinggi ni. 




Huda paling teruja nak cuba Chai Tea dari Tetley, sebab jakun first time jumpa. Huda baca label tulis ada macam-macam rempah yang biasa guna untuk masak sup. hehe...

Lepas try secawan, haishhh..tak cukup plak secawan, minum sampai 3 cawan Chai Tea ni. Huda suka la rasa Chai Tea ni, unik dan kena dengan selera huda. Memang best buat minum pagi dan petang.


Teh kedua yang huda try adalah Green Tea Jasmine. Teringat last minum green tea jasmine ni time holiday di Forest City, tahun lepas. Biasa kalau huda stay hotel 5 star memang ada teh hijau jasmine ni. 

Teh hijau dengan aroma wangi jasmin, memang menjadi kegemaran huda. Setiap kali minum, teringat moment indah bercuti. Tenang dan damai jer. Teh hijau jasmine ni terbaik minum time migrain dan menstrual cramp. Sekarang dah ada stok kat rumah, happynya!!


Teh ketiga dari Tetley yang huda cuba adalah Earl Grey Tea. Rasa dulu pernah try masa kat Cameron Highlands. Tapi Earl Grey Tea dari Tetley ni memang power la. Huda suka sangat aroma oren bergamot dan rasa citrus dalam teh ni. Unik sangat. 
Huda suka minum awal pagi, terutama sekali waktu sahur, sebab rasa teh ni memberi "kick-start" yang hebat untuk huda kekal energetik sepanjang hari. 




Last but not least, huda try teh yang keempat dari Tetley iaitu Green Tea Mint. Menarik ni sebab sebelum ni pernah minum tea letak daun pudina jer, kali ni teh hijau dah siap blended dengan peppermint. 

Rasanya sangat "refreshing". Minum jer seteguk, teringat kat ubat gigi Darlie, dan chewing gum peppermint. Punyalah hebat rasa "mint" dan Greea Tea Mint Tetley ni. 

Korang yang suka rasa "mint" tu wajib try tau Green Tea Mint ni, konfem jatuh hati, tak cukup secawan minum. 


Ok, mesti korang tertanya mana nak beli Teh Tetley yang best ni? 

Teh Tetley boleh di dapati di Aeon, Ben's, Cold Storage, Giant, Hero, Isetan, Jason Food Hall, Jaya Grocer, Mercato, Redtick, Sogo, Village Grocer dan premium supermarkets lain di Malaysia. 

Produk Tetley boleh didapati dalam pelbagai bentuk pembungkusan tersendiri, termasuk uncang teh bertali String dan Tag, uncang teh bulat, uncang teko teh dan daun teh, dan boleh didapati di kebanyakan pasar raya besar dan pasar raya di seluruh Malaysia. Uncang teh String dan Tag dan uncang teh dalam balang masing­ masing berharga RM11.90 dan RM8.90. Uncang teh, uncang teko teh dan daun teh pula masing-masing berharga daripada RM6.50, RM8.00 dan RM8.90. 


Korang semua boleh menikmati kesedapan teh Tetley ni dengan senang hati, sebab Teh Tetley disahkan Halal. Teh Tetley dinikmati di seluruh dunia dan lebih 45 juta cawan diminum setiap hari. Sebagai ahli Ethical Tea Partnership (Pakatan Teh Beretika), Tetley komited untuk memastikan proses penanaman, penyumberan, pembelian dan pengadunan tehnya dilakukan sepenuhnya dengan cara lestari. Untuk maklumat lanjut, sila ke Iaman www.tetley.com.

Tetley diedarkan secara eksklusif di Malaysia oleh GBA Corporation Sdn Bhd. GBA menguruskan banyak jenama terkenal hasil kerjasama dengan rakan niaga dari seluruh dunia yang merupakan pemimpin jenama dalam kategori tertentu.

Untuk maklumat lanjut tentang Tetley Malaysia, like dan follow social media Tetley Malaysia

Facebook Page : Tetley Malaysia
Twitter: TetleyMalaysia
Instagram: TetleyMalaysia

Post a Comment

5 Comments

Papa Amyzal said…
Wahhh banyaknya perisa Tetly. Mesti sedap
SalinaJohari said…
Macam best la...mesti sedap ni...
Bebelan Cik Min said…
Menariknya..boleh la kak min try tea ni plak
ROSA said…
1st time dengar..mcm sedap jew...kalau ada rezeki nak try
sudi2 jenguk blog yang baru sgt dr rosa..tqvm
https://rosapegitravel.blogspot.my
Mellya Musa said…
Sedap ye sis? Tak nampak lg jual area sini hehe