Cerita Adik Hakim dan Second Child Syndrome


Assalamualaikum. Hari ini nak kongsi cerita tentang anak kedua huda yang boleh huda katakan ibarat langit dan bumi jika di bandingkan dengan anak pertama. 

Perkongsian ini bukan niat nak banding beza mana yang lebih bagus. Bagi huda kedua-dua anak huda bagus. Si abang memang fast learner manakala si adik sangat kreatif dan bijak. Kebijaksanaan mereka di bidang berbeza. Sungguh huda katakan, lepas kehadiran anak kedua, baru la huda rasa macam jaga anak kecil yang manja dan penuh sifat kebudak-budakan. 

Ok, korang tahu tak ada kajian tentang Second Child Syndrome?

Kajian #1

Laporan kajian yang diterbitkan di Daily Mail mendapati anak kedua menunjukkan peningkatan hormon testosteron seiring dengan meningkatnya usia.

Hormon ‘kelelakian’ inilah yang mendorong mereka menjadi lebih lasak, berani dan suka menyahut cabaran.



Kajian #2 

Kajian oleh Jurnal Perkembangan Kanak-Kanak yang diterbitkan pada tahun 2009 oleh Wiley Online Library menyatakan anak kedua mungkin kelihatan kompetitif, hiperaktif, dan suka menarik perhatian dengan melakukan perkara-perkara yang boleh ‘memeningkan kepala’ ibu bapa.

Kajian #3 

Terdapat sebuah artikel di Psychology Today bertajuk How Firstborns and Secondborns Compare menunjukkan bahawa ‘mindset’ semulajadi anak kedua ini berbeza kerana mereka telah dilahirkan ke dunia dengan pesaing (iaitu abang atau kakak mereka).

Kajian #4

Di laman web Parents.com ada menyatakan anak kedua menghadapi kecenderungan untuk berasa terasing atau kurang istimewa di mata ibu bapa mereka.

Anak kedua juga lebih bijak menyesuaikan diri serta mudah mesra dengan orang ramai. Sifat ini menyebabkan mereka cenderung terpengaruh dengan rakan sebaya. 

Kredit : Sirap Limau.Com



Lepas huda baca satu demi satu , kemudian huda cek sifat adik Hakim. Boleh di katakan 90% kajian ini tepat. 

Setiap hari ada sahaja perkara yang si adik buat akan buatkan huda pening kepala, ada sahaja idea kreatif dia bermain. Bila dia tidur huda memang akan rasa sedikit tenang sebab boleh fokus bekerja, tapi rindu nak tengok telatah dia yang memang menjadi penghibur dan penyeri rumah kami. 

Syukur, saat kesihatan huda di uji 4 tahun lepas, Allah ganti kesakitan dengan hadiahkan seorang anak yang sangat-sangat kami sayangi. InshaAllah huda dan suami akan berusaha untuk tidak membanding beza dan memberi kasih sayang yang adil kepada kedua-anak anak yang Allah amanahkan ini. Semoga sentiasa murah rezeki anak-anak mama berdua ni, di dunia dan akhirat.



Parenting is not an easy task; 
it is a journey that evolves every day!



Post a Comment

4 Comments

azlina_ina said…
pendek kata.. anak lelaki memang banyak akal kan huda? heee..migrain ina bulan lepas
Izyan Balqis said…
IQ pun nampak sindrom anak kedua ni dkat anak kakak IQ, lebih aktif dan bijak berbanding abangnya. tapi setiap anak semestinya anugerah terindah daripada-Nya.
Fatin Shahrizam said…
Kajian keempat tu macam betul jea. Fatin anak kedua jugak. Memang kadang kadang rasa macam tu. Tapi lebih suka diamkan diri.