Alah Bisa Tegal Biasa

Semalam huda balik ke kampung suami. Nama pun kampung kan, memang suasana kampung sangat. Jalan nak ke rumah wan pun lalu jalan pasir. Rumah kayu dua tingkat. Mandi pun guna gayung. Sampai-sampai sahaja depan kami di sambut dengan bunyi angsa. Arif  pun mula berinteraksi dengan sepasang angsa di depan rumah Wan. 



Huda sampai di kampung dah nak tengahari. Memang Wan tengah masak untuk makan tengahari. 
Cara masak pun Wan masih gunakan cara lama dengan hidupkan api bakar tempurung kelapa, kemudian dah jadi bara baru panggang ikan untuk lunch. Masa breakfast pagi parut kelapa sendiri, panggang pulut atas arang. 


Bagi orang yang tak biasa cara "susah" dalam menyediakan makanan, huda mengomel juga dalam hati. Buat apa la susah-susah ni. Tapi itu la cara wan dibesarkan. Di ajar masak dengan cara begitu. Bagi mereka panggang atas dapur stove, rasa ikan tak sedap dan tak selera mungkin nak makan.




 The Arifs balik kampung dapat la tengok cara masak tradisional ni. Tapi dah nama tak pernah masak kat luar dan kena duduk depan bara api. Sekejap jer la Arif mampu bertahan. Huda pun sama. Hehe... Panas la konon. Nak sejuk macam duduk dalam aircond pergi balik bandar. hehe...
Tapi berbeza dengan Wan. Walau umur lanjut,masih gagah hidupkan api, ke hulur ke hilir.  Keluar masuk rumah dari dapur ke luar untuk masak 1 lauk. Ikan bawal percik. Huda tak serajin itu. Kalau boleh nak settlekan masak dan kemas dapur setiap kali masak tak lebih satu jam. Berbeza dengan cara hidup orang dulu dengan orang zaman sekarang yang semua nak mudah dan cepat.
 
Bila huda tengok wan rasa macam "susah" yer dalam penyediaan makanan, namun bagi Wan, ianya mudah dan sudah biasa dilakukan. Terlintas satu peribahasa di kotak fikiran huda 

" Alah Bisa Tegal Biasa "

 Peribahasa ini merujuk kepada sesuatu pekerjaan yang rumit atau sukar jika sering dilakukan akan menjadi mudah. 

Tapi kan..... memang sedap Wan masak ikan bawal percik semalam, tambah 2 pinggan nasi semalam. hehe. Rasanya memang tak sama dengan masak atas dapur dalam rumah. Takpelah, nak masak sendiri macam Wan buat, memang tak kot. Sekian coretan di pagi Khamis ni, penat travel seharian semalam pun rasa tak hilang, nak rehatkan badan dan minda layankan anak-anak bermain di rumah hari ini. Lagi beberapa Arif dah masuk Tadika semula, jadi jom kita spend kualiti time sama-sama. Cuti Sekolah nak habis dah.....

some_text

Post a Comment

5 Comments

Amyra said…
Ikan yang dipanggang atas tempurung kelapa nie lain macam sedap dia. Dulu arwah tok ada dia rajin la panggang ikan macam nie. Sekarang nie nak buat ikan bakar pakai pemanggang ajab jer. hehehe
Sofinah Lamudin said…
Tak pernah memangang guna tempurung kelapa. Pertama kali dengar. Zaman kecil dulu pun saya tak sempat nampak mak ayah saya masak cara kampung. Kalau kakak dan arwah abg saya sempat.. kakak saya laa memang pernah hidup cara kampung. Tapi best juga kan.. kampung tu tenang..
sedapnya nampak... nak sikit.....
Lynda Che Lah said…
memang sedap lah kalau macam ni
Radhia Razali said…
waaaa..Wan masak ikan bawal percik..sedapnya