Topi eksklusif untuk Arif Haikal dari Printcious dah sampai!


Assalamualaikum. Hari ini huda nak kongsi tentang "personalised gift" yang huda tempah dari Printcious dah sampai ke depan pintu rumah!

Dapat parcel excited sangat nak tunjuk pada Arif Haikal sebab suami huda design eksklusif logo nama Arif Haikal dan dicetak di topi yang ditempah dari Printcious.

Huda order dalam masa few days dah siap. Penghantaran dari Poslaju pun cekap. Memang puas hati sangat order online dengan Printcious ni.

Inilah topi "Arif Haikal" dengan design istimewa, hanya Arif Haikal seorang jer tau ada topi ni!
Arif Haikal memang sangat teruja bila nampak nama dia terukir di topi, senyum memanjang jer bila pakai.



Walau saiznya agak besar sebab ada saiz standard sahaja dari Printcious, tapi huda puas hati sebab Arif Haikal suka sangat-sangat dengan topi eksklusif yang terukir nama dia.

Banyak-banyak hadiah yang huda dah bagi pada Arif Haikal sempena harijadi dia bulan September ini, hadiah topi dari printcious ini yang dia paling happy dan teruja nak pakai.

Setiap kali keluar pergi pantai ke, pergi mana-mana sahaja , dia tak lupa nak bawa topi ini bersama.



Rasa sangat-sangat berbaloi-baloi, suami huda habiskan masa beberapa hari untuk cari idea design logo nama Arif Haikal ini. Warna pilihan untuk logo nama Arif Haikal adalah warna kegemaran Arif Haikal iaitu warna biru dan kuning.

Warna biru yang bermaksud kebijaksanaan dan kreativiti yang memang jelas mengambarkan personaliti Arif Haikal ini.
Sementara warna kuning memberi impak dan rangsangan kepada aktiviti mental dan mengambarkan kegembiraan dan kebahagiaan. 

Pilihan huda sememangnya tepat dengan memilih "personalised cap" walaupun sebenarnya banyak sangat pilihan personalised gifts yang kita boleh tempah di Printcious seperti mug, keychain, fridge magnet, cushion, puzzles dan macam-macam lagi.

Simbolik pemberian topi untuk Arif Haikal untuk hadiah birthday dia kali ke 5 ini adalah simbol yang huda sentiasa ada untuk melindungi Arif Haikal dari cahaya panas matahari, dari basahnya air hujan dari terkena muka anak mama yang comel ni.

Sweetkan mama Arif ni? Hehe

Special thanks kepada En.designer iaitu Papa Arif Haikal yang luangkan masa walaupun sibuk dengan urusan bisnes,layankan permintaan huda nak cipta logo khas untuk Arif Haikal sempena hari jadi September ini.

InshaAllah next month nak tempah lagi produk di Printcious untuk adik Arif Hakim yang bakal menyambut hari lahir ke tiga tahun pada 10 Oktober 2017.

Ini logo nama adik Arif Hakim pun dah siap! Plan nak tempah baju T-Shirt di Printcious pula.
Nak juga hadiahkan anak-anak dengan personalises gift macam huda?
Ada pelbagai pilihan konfem rambang mata nak pilih!
Sekian perkongsian huda hari ini. Make your September to Remember. 




1 comment:

  1. Wahhh cantiknya topi diaaa...sure dia suka kan...lepas ni boleh buat set barang2 dia dgn semua logo cam gitu

    ReplyDelete

Powered by Blogger.