About Me

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Hai. Nama saya ialah Huda Halid. Saya adalah penulis dan pemilik blog ini - ceritahuda.com.

Huda Halid - Blogger and Malaysian Ghost Writer

Blog ini adalah merupakan blog catatan peribadi dan perkongsian saya dalam banyak perkara, termasuklah berkaitan kerjaya sampingan saya sebagai seorang penulis upahan atau Ghost Writer.

Amnya, saya merupakan seorang isteri dan surirumah sepenuh masa, juga ibu kepada dua orang cahayamata iaitu Arif Haikal dan Arif Hakim.

Menjadi penulis blog dan penulis upahan boleh dianggap sebagai kerjaya sampingan saya di waktu terluang. Selain menjadi sumber pendapatan, blog ini juga adalah satu manifestasi sebagai seorang penulis upahan.

Saya berkecimpung di dalam dunia penulis upahan ini adalah dengan harapan untuk membantu usahawan, terutama usahawan online untuk membina profil, penjenamaan dan juga pengiklanan.

Saya menggunakan pengalaman yang ada untuk memastikan usahawan terutama di Malaysia berdaya saing dan tampak lebih profesional.

Saya juga menggunakan kepakaran saya dalam menulis untuk membantu para pemilik laman web yang lain, usahawan online, syarikat tempatan dan sesiapa sahaja dalam menghasilkan konten terbaik dan bermutu untuk kegunaan samada sebagai medium hebahan, makluman, profil termasuk juga untuk pengiklanan.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan pengiklanan serta servis penulisan (ghost writer), boleh hubungi saya menerusi email:

n.hudahalid@gmail.com

Terima kasih.



Huda Halid - Penulis Upahan
'Hidup saya adalah untuk keluarga saya'