Tawaran ke MRSM 2025


Pada 13 Januari 2025, hari yang mendebarkan bagi pelajar yang telah membuat permohonan ke MRSM , termasuklah anak Huda sendiri. Pada sesi tahun 2025 ini, seramai 93,635 calon yang telah membuat permohonan. Namun calon yang lulus UKKM seramai 21,994 calon sahaja. Manakala yang berjaya mendapat tempat hari ini cuma 8, 909 sahaja. Begitu sengit untuk mendapat tempat belajar di MRSM, adakah anak Huda berjaya tergolong dalam mereka yang berjaya?
Alhamdulillah. hari yang di nanti untuk membuat semakan tawaran ke MRSM sesi tahun 2025 telah tiba. Alangkah seronoknya bila paparan skrin tertulis perkataan TAHNIAH! 


Alhamdulilah rezeki anak mama dapat tawaran ke MRSM Premier di mana merupakan pilihan pertama. 

Selesai download semua dokumen penting untuk urusan pendaftaran MRSM. Yuran pendaftran RM161.00 perlu dijelaskan sebelum hari pendaftran.

Namun persoalannya masih belum pasti, adakah MRSM bakal menjadi sekolah pilihan Arif? Kerana masih menanti result tawaran ke SBP dan juga satu lagi kolej Permata Pintar yang bakal diketahui bulan depan.  Keputusan 100% serah pada anak, dia yang nak sambung belajar, dia yang decide. Kita as parent bagi support dan doa tanpa jemu. Semoga hanya yang terbaik untuk anak mama. Amin. 



Post a Comment

0 Comments