Tahun Baru 2025 - Bersedia ke nak belajar "melepaskan" ?


Tahun 2025 adalah tahun yang mendebarkan untuk hidup Huda. Tahun ini Huda harus belajar untuk melepaskan demi peluang yang lebih baik dan masa depan yang lebih cerah InshaAllah. Namun bersedia ke nak belajar untuk "melepaskan"? 

Selamat Tahun Baru 2025 


Alhamdulillah, bertemu lagi kita di tahun baharu 2025, 365 hari yang penuh cerita dan takdir yang Allah sudah tetapkan untuk kita. Apa jua yang bakal berlaku tahun ini, semoga kita semoga sentiasa positive menerimanya. 

" Staying positive doesn't mean you have to be happy all the time , it means that even the hard days, you know better days are coming "
 

What's NEW in 2025 


Setiap tahun pasti ada sahaja berita baru dalam hidup kita kan? Antaranya adalah UMUR yang baru! 

Umur baru untuk anak sulung Huda. Anak mama dah besar! Lagi 2 minggu dia nak habis sekolah rendah dan lebih kurang 4 minggu lagi nak hantar dia ke PPCS di Permata Pintar UKM dan seterusnya masuk ke alam sekolah menengah. 

Hati ibu ini, bila tengok anak membesar depan mata, dan throwback pula masa dia kecil, aduhai, automatik sebak dan tiba-tiba airmata pun mengalir. 

Throwback - Arif Haikal, first day Darjah 1 . 1 January 2019 


Masa event last weekend, masa anak mama ni naik pentas, penat betul nak tahan sebak dari mengalirkan airmata kegembiraan dan bangga dengan pencapaian anak mama ni. 



Dalam hati berbisik, maybe its the price of my sacrifice. 

Banyak benda huda telah korbankan demi nak besarkan anak sendiri depan mata dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Hanya Allah jer tahu how hard my life is... Kalau dulu , 12 tahun lepas, huda belajar melepaskan impian, cita-cita nak dalam bidang kerjaya yang huda idamkan demi anak. 
Sekarang huda kena belajar lepaskan anak sulung huda ni kejar cita-cita dan impian hidup dia nak berdikari di sekolah asrama. 

Somehow, Huda rasa takut nak tunggu saat itu. Can i holding back my tears ? 
Doakan Huda kuat! Huda akan cuba takkan nangis, sebab Huda tahu, kalau Arif tengok mama nangis, dia akan nangis juga. Doakan mental dan hati ini kuat. Melepaskan anak yang di jaga 12 tahun depan mata dan di tatang seperti minyak yang penuh.. Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup anak mama bulan depan. Jumpa orang yang baik-baik dan sayang dia. Lindungi dari segala bala dan malapetaka dan Allah lindungi setiap langkahnya. InshaAllah

" The step you are scared to take , could be the one that changes everything" 

Post a Comment

0 Comments