FamTrip Lensa Kembara Bandaraya Warisan Pesisir Air

FamTrip  Lensa Kembara Bandaraya Warisan Pesisir Air   


Pada 6 - 7 November yang lalu, Huda bersama rakan-rakan media di Terengganu ( Discovery Terengganu, KuTERER) menerokai hidden gems di Kuala Terengganu anjuran Cas Ligas Sdn Bhd. Jom Huda kongsikan pengalaman 2 hari famtrip Lensa Kembara Bandaraya Warisan Pesisir Air  ini. 

Sebelum Huda cerita tentang perjalanan famtrip kali ni, jom kita kenal dulu tentang Cas Ligas Sdn. Bhd selaku pengajur famtrip kali ini. 


Kenali Cas Ligas Sdn. Bhd 




CAHLIGAH SDN BHD yang kemudian menukar namanya pada 25/11/2007 kepada CAS LIGAS SDN BHD telah ditubuhkan pada 22/8/2007. CLSB merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). 

 CLSB menawarkan perkhidmatan pengangkutan awam dan pengangkutan berkonsepkan pelancongan dalam bandar yang dikenali sebagai Bas Bandar. Bas Bandar kemudiannya telahpun dijenamakan semula kepada Bas KitÄ“ pada Februari 2017. Bas KitÄ“ menawarkan 4 laluan destinasi pelancongan kepada pengunjung. 

Pada Jun 2018, CLSB telah memperkenalkan satu perkhidmatan baharu iaitu Payang Water Taxi(PWT) bagi membawa pelancong menelusuri Sungai Kuala Terengganu dengan menaiki bot selama 50 minit. Perkhidmatan ini turut menyediakan pakej tambahan seperti menelusuri sungai sambil menikmati juadah makan pagi, tengahari ataupun minum petang.

CLSB turut merancang untuk mempelbagaikan lagi pakej tambahan di Payang Water Taxi yang bukan hanya menelusuri sungai sahaja tetapi dapat menjana pendapatan baru kepada syarikat dan memberi manfaat kepada penduduk setempat.


Hari Pertama

Duyong Marina Resort


Duyong Marina Resort terletak di Pulau Duyong Kuala Terengganu merupakan sebuah resort penginapan mewah yang sesuai untuk "healing". Resort ini menawarkan pelbagai penginapan, daripada bilik deluxe hingga suite eksekutif, sesuai untuk percutian keluarga, berbulan madu dan juga business travelers.Tempat ini terkenal dengan pemandangannya yang indah, fasiliti marin, serta lokasinya yang strategi berhampiran Sungai Terengganu. Resort ini menjadi salah satu destinasi pilihan pelancong yang ingin menikmati ketenangan dan keindahan alam dengan sentuhan kemewahan. Tambahan pula, ia berdekatan dengan airport Kuala Terengganu ( 8.7 km)


Bytes Cafe 



Bersantai makan waktu petang di The Bytes Cafe di Duyong Marina Resort sambil layan permandangan sungai Terengganu yang mendamaikan. Kami berpeluang menikmati steamboat set yang sangat sedap dan fresh semua makanan yang di hidangkan. Recommended untuk berkunjung ke sini dan nikmati sendiri pelbagai juadah di sini. 

Untuk maklumat lanjut layari https://duyongmarinaresort.com.my/


Sangkar Ikan Pak Pa 


Keunikkan warung terapung diatas sungai yang terletak di Kampung Belada Kepong. Warung ini menyajikan hidangan ikan sungai bakar yang menjadi tarikan utama. Selain itu suasana pemandangan sungai Kuala Nerus. Ini adalah salah satu "hidden gems" di Kuala Terengganu yang wajib anda kunjungi. 
Pengalaman pertama makan ikan baung bakar, ikan talapia bakar sos madu dan pelbagai menu ikan sungai yang unik dan sangat sedap!

Hari Kedua
Hari kedua pengembaraan bermula dengan menaiki Bas Kite , salah salah produk pelancongan Kuala Terengganu yang unik! 



Sepanjang Famtrip, kami diiringi oleh pemandu pelancong dari Persatuan Pemandu Pelancong Bandar dan Alam Semulajadi Terengganu - TCNGA. Sangat seronok mendengar sejarah Terengganu yang penuh dengan cerita-cerita yang kita tak pernah tahu. Satu pengalaman yang berharga, kembara dengan ilmu. 

Kampung Budaya Terengganu 


Kampung Budaya Terengganu merupakan sebuah kompleks pameran kebudayaan yang terletak di Muzium Negeri Terengganu di Kampung Bukit Losong, Kuala Terengganu. Tempat ini didedikasikan bagi tujuan mempromosikan dan melestarikan budaya dan 8 warisan tradisional Terengganu serta memperkenalkan pengunjung pada kehidupan masyarakat Melayu yang kaya akan seni, budaya, dan adat istiadat


Kari Kepala Ikan - Warung Santai D'River

Setelah meluang masa hampir 3 jam di Kampung Budaya, kami meneruskan perjalanan "food hunting" untuk lunch. Tak lengkap perjalanan ke Kuala Terengganu jika tak makan di Warung Santai D'River yang viral dengan menu kari kepala ikan. Saat melangkah masuk ke warung ni, kuat aroma bau kari yang yang memikat selera.

Range harga untuk kari kepala ikan di sini antara RM30-RM60. Ada pilihan kari kepala ikan merah, kerapu dan juga tenggiri. Selain menu kari kepala ikan, terdapat pelbagai menu makanan tengahari yang sedap-sedap di sini.

Resepi turun temurun kari kepala ikan legend yang wajib anda cuba!
Warung Santai D’ River 
Buka Setiap Hari 

Makam Tok Pulau Manis (Sheikh Abdul Malik Abdullah)


Tok Pulau Manis atau nama sebenarnya Syeikh Abdul Malik Abdullah adalah pendakwah Islam dan ulama tersohor di Terengganu yang meninggal dunia pada 1730 . Syeikh Abdul Malik bin Abdullah telah menjadi pelopor kepada pengajian pondok secara tradisi dan tertua di Terengganu. Beliau telah membina rumahnya berhampiran dengan Masjid Kampung Pulau Manis. Perpindahan Sultan dan Syeikh Abdul Malik bin Abdullah ke Kampung Pulau Manis ini telah menjadikan Kampung Pulau Manis sebagai Pusat Pentadbiran dan Pusat Kerohanian Islam.   Untuk lebih info tentang sumbangan Sheikh Abdul Malik dalam pengajian ilmu agama di Terengganu boleh baca DISINI.


Taman Tamadun Islam 



Merupakan sebuah taman tema yang unik dan penuh nilai sejarah, terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Taman ini terkenal karena menampilkan replika monumen-monumen Islam terkenal dari seluruh dunia dan menjadi pusat kebudayaan Islam yang bertujuan untuk memperkenalkan dan melestarikan warisan peradaban Islam secara global. Selain itu, terdapat Masjid Kristal yang menjadi tarikan dan tumpuan utama pengunjung yang hadir ke Kuala Terengganu



Nostalgia Jalan Ampas ( NosJA) 

Nostalgia Studio Jalan Ampas atau NoSJA terletak di Dapo Pata Tok Jembal. Waktu operasi terhad pada hujung minggu iaitu setiap Khamis sehingga Sabtu bermula pukul 6 petang sehingga 12 tengah malam. Keunikan di sini adalah produk makanan lokal dan tradisi Terengganu dan juga pelbagai juadah lain. Memang banyak pilihan dan semuanya menepati citarasa.


Kembara Lensa Bandaraya Warisan Pesisir Air anjuran Casligas berakhir dengan pengalaman indah menerokai hidden gems di Kuala Terengganu yang unik dengan daya tarikan tersendiri. Semoga perkongsian pengalaman Huda dari Famtrip ini memberi anda inspirasi untuk berkunjung ke negeri Terengganu yang indah ini. Semoga bertemu lagi di trip akan datang! 

Post a Comment

0 Comments