Debaran anak nak naik form 1 tahun depan! Impian ke SBP, wajib isi borang PKSK ni!
Hari ni 1 Ogos 2024, hari yang di nanti untuk isi borang kemasukan anak sulung ke SBP. Actually memang blur sangat, apa benda la PKSK ni, siap ada exam pulak nanti. Sejak UPSR dah dimansuhkan wujudlah sistem baru. Nak tak nak kita hadap jer la.. Nervous sungguh nak isi borang anak tadi. Isi borang jer dah rasa macam-macam tu belum hantar anak ke sekolah asrama nanti.Apa tu PKSK?
" Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sesi 2025/2026 dibuka mulai 1 Ogos 2024. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan berikut:
Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/ "
Lepas tengok pengumuman ni baru huda faham, PKSK itu adalah Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus. Lepas isi borang akan ada ujian PKSK ( Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus).
Timeline berikut boleh di jadikan rujukan semua ibu bapa
Timeline berikut boleh di jadikan rujukan semua ibu bapa
Bila tengok time line , kita as parent lebih bersedia untuk buat persediaan untuk anak-anak.
Lega dah isi permohonon Sekolah Khusus, sekarang fokus untuk buat persediaan exam PKSK.
Huda dah daftarkan Arif untuk join Bengkel Bersemuka Jelajah PKSK/UKM Pantai Timur anjuran Fly High. Semoga program ni dapat memberi keyakinan untuk Arif agar bersedia hadapi ujian PKSK bulan oktober nanti.
Lega dah isi permohonon Sekolah Khusus, sekarang fokus untuk buat persediaan exam PKSK.
Persediaan PKSK

0 Comments