Muhasabah Diri - Lalai Dengan Dunia


Dunia semakin tenat, dengan isu genocide di Palestine yang berlarutan sekian lamanya, dan isu climate change sehingga terjadinnya pelbagai bencana alam seluruh dunia. Namun hanya segilintir sahaja yang ambil pengajaran dan ingat pada Allah. Ramai lagi manusia masih lalai. Luangkan sedikit masa muhasabah diri, adakah diri kita masih LALAI dengan dunia yang sementara ni? 


Muhasabah Diri - Lalai Dengan Dunia 

 Tanda-tanda LALAI

1. Kurang membaca Al Quran
 2. Kurang berzikir
 3. Lalai dlm solat, kurang ingat pd Allah:
 - Tidak fokus, Sering terlupa bilangan rakaat, Melewatkann solat, Meninggalkan solat, Keluar lebih awal masa utk hiburan, sukan 
 4. Tidak suka mendengar nasihat. 
 5. Kurang @ malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada kekhusyukan pasti tertolak. 
 6. Sentiasa sibuk dgn urusan dunia; mudah stress. 
 7. Cari hiburan hiburan yg mudah & murah. 
 8. Tak berhati² dgn perkara yg syubhah & haram. 
 9. Tenggelam dalam hiburan. 
 10. Malu utk belajar agama. 
 11. Bangun fikir nak makan apa & apa aku nak buat hari ini.

Jarak antara hati kita dengan ketenangan, ibarat jarak' kita dengan Al-Quran.

Cara nak bersahabat dengan Al-Quran
Beli Al Quran guna duit sendiri. Pilih ikut citarasa kita. Cakap dgn Al Quran tu, kita nak bersahabat dgn dia. (nak baca). 




Akibat LALAI


1. Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca Quran. 
2. 'Bunuh' kebaikan yg kita buat, kita tak nampak berbuat baik itu suatu yg utama. 
 3. Hilang fokus dlm hidup. 
 4. Mudah lesu & buntu, sentiasa rasa esok masih ada & suka tangguh beribadah & kerja soleh. 

 Sebab-Sebab LALAI

 1. Mengulang² dosa kecil sampai jadi kelaziman. 
 2. Berkawan dgn org² yg lalai. 
 3. Berada dlm persekitaran 'rosak'. (Cth: pergaulan bebas dgn bukan muhrim, dedah aurat & buat maksiat), berada di situ bukan utk tujuan berdakwah. 
 4. Tidak berzikir. 
 5. Terjerat dlm perancangan² licik musuh Islam. (Cth: berlebihan dlm mendengar lagu, tonton filem Yg melalaikan dll. 

 Cara² mengatasi LALAI

 1. Cari sahabat yg baik & soleh. 
 2. Hadiri majlis ilmu. 
 3. Bangun malam utk solat tahajjud. 
 4. Banyakkan zikir & taubat. 
 5. Rajin baca quran. 
 6. Bersangka baik pd org lain. 
 7. Pemaaf. 
 8. Ingat mati. 
 9. Kurangkan makan. 
 10. Amalkan sunnah Nabi saw. 
 11. Bersabar bersyukur & bertawakkal. 



~Perkongsian Ustaz Pahrol Juoi, IKIM 

Semoga tidak termasuk dalam golongan (lalai) ini.
Cr: Ameer Hamzah #jommuhasahahdiri

Post a Comment

0 Comments