Tips Jimat Shopping Kelengkapan Kembali ke Sekolah Di Pusat Pakaian Hari- Hari


Tips Jimat Shopping Kelengkapan Kembali ke Sekolah Di Pusat Pakaian Hari- Hari 
 |  Soalan sama setiap tahun bila gathering dengan adik beradik ketika balik kampung time cuti sekolah adalah golongan mak-mak ni sibuk nak cari tempat shopping baju sekolah anak-anak dengan harga yang JIMAT! Semestinya Huda akan rekemen shopping kelengkapan kembali ke sekolah, dari hujung rambut sampai hujung kaki di Pusat Pakaian Hari-Hari. Kebetulan huda balik kampung di Muar Johor, Pusat Pakaian Hari-Hari baru sahaja membuka cawangannya yang ke 109. So apa lagi, huda luangkan masa bawa anak-anak shopping baju sekolah di sini 


Tips Jimat Shopping Kelengkapan Kembali ke Sekolah Di Pusat Pakaian Hari- Hari

Pusat Pakaian Hari-Hari menawarkan kelengkapan kembali ke sekolah yang lengkap dengan kualiti terbaik!

Nak tahu bagaimana Huda boleh berbelanja dengan jimat kelengkapan kembali ke sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari? 

✅ Buat senarai semak sebelum berbelanja. Check dulu kelengkapan tahun lepas jika masih elok tak perlu beli yang baru 
✅ Bandingkan harga dan juga kualiti kain ikut kehendak anak-anak. Di Pusat Pakaian Hari-Hari ada pilihan baju kain cotton dan lembut, so bandingkan harga dan juga perferences anak-anak. Paling best, harga sangat affordable compared dengan tempat lain tau!
✅ Shopping sepasang sahaja. Cukup ke sepasang jer untuk seminggu persekolahan? Jadual anak-anak Huda yang kini di tahap 2, biasanya hanya pakai baju seragam hanya dua kali seminggu, 2 hari baju sukan dan 1 hari baju kokurikulum. So bagi Huda, sepasang sudah memadai untuk anak-anak. andai kata pertengahan sesi persekolahan , anak makin membesar , boleh la beli lagi nanti. Instead of beli dua pasang kemudian tak muat pulak pertengahan tahun nanti, dah ke membazir pulak tu nanti, betul tak? 

Hasil Shopping Kelengkapan Kembali ke Sekolah Sesi 2024/2025 



Istimewa sikit tahun ni, sebab anak-anak mama semua ada jawatan di sekolah. Sorang pakai baju kuning ( Pengawas Sekolah) dan sorang pakai purple ( Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya -PRS) 
Alhamdulillah, terima kasih cikgu acknowledge their presence in school. 

Arif Haikal lengkap dengan sepasang baju sekolah dan juga sepasang kasut hitam yang selesa


Arif Hakim lengkap dengan sepasang baju baru  dan juga sepasang kasut hitam yang selesa. yeay anak mama dah upgrade , tahun ni tak pakai baju putih dah! 

Mujur di Pusat Pakaian Hari-Hari ni ada jual baju sekolah anak pelbagai warna

Cakap jer nak warna apa, mostly semuanya ada di sini! 


One stop centre. Head to toes , kelengkapan sekolah ada sini. Design kasut sekolah di sini pun nampak cantik. berbaloi belikan untuk anak-anak. 




Mereka berdua sangat suka dapat shopping baju sekolah baru. Kualiti kain memang terbaik dan selesa sangat. Next masing-masing pilih beg sekolah baru.  Beg sekolah yang tahun lepas dah rosak, so wajib beli beg baru. Banyak design beg sekolah cantik-cantik kat sini. Ini beg pilihan adik dengan warna favourite dia. 
Abang Arif pun jumpa design beg sekolah yang dia suka, sebab banyak zip mudah nak simpan buku dan asingkan barang katanya. 




Botol minuman pun ada dijual di sini. The Arifs pun beli sorang satu. Selain itu terdapat juga kelengkapan alat tulis turut dijual di Pusat Pakaian Hari-Hari. 



Lega settle urusan anak-anak back to school!  Memang setiap tahun, huda pasti shopping baju sekolah di sini sebab memang jimat banyak! Bukan setakat baju sekolah tau, baju raya pun huda sekeluarga shopping di sini.  Terdapat 109 Pusat Pakaian Hari-Hari di seluruh Malaysia. Korang boleh semak di website. Pusat Pakaian Hari-Hari seluruh Malaysia: www.hari.com.my/locator

Jika tiada kesempatan datang ke kedai untuk shopping,boleh beli secara online juga 

Hari-Hari Online Store: http://ehari.com.my
Hari-Hari Shopee: http://shopee.com.my/harihari_
Hari-Hari Lazada: https://lazada.com.my/shop/hari-hari

Post a Comment

1 Comments

Syiera Firdaus said…
Best beli di sini. Lengkap semua di sini